Assalamu’alaikum wrt wbt
Subhanallah walhamdulillah alailllahaillallah wallahuakbar
Semoga semua berada di bawah rahmat kasihNya… Dikurniakan kesihatan yang baik dan amal yang berterusan.
Alhamdulillah setelah berada di CSE Loughborough, walaupun kurang berkesempatan untuk bersama-sama di dewan atau di padang, kehangatan, kemeriahan dan kemanisan ukhuwah dapat dirasakan hingga ke cabin 3. Walaupun agak terpisah dari yang lain, namun ada sahaja yang datang menjenguk di muka tingkap dapur menanyakan khabar. Dan ada yang sanggup datang dalam kesejukan dari dewan ke cabin 3 untuk menyampaikan special dedication (chocs, raisins,kacang. . macam2!!!) untuk kami tentera2 dapur.. Sangat terharu.. JZKK Sisters!
Di kesempatan ni, nak menceritakan sedikit cereka di dapur..
Bos besar A, bos nasi Y, bos air F, bos basuh ayam KP, bos bakar ayam H, bos shopping Am, bos keceriaan dan kebersihan Ai dan saya tukang masak. Dan runner yang setia melayan kami walaupun hanya kerana sepeket garam- E dan S.
Alhamdulillah memang bestla bertempur di dapur dengan tentera2 ini… Dari pagi sesudah subuh hingga ke pagi balik (Hmphh 1230 pagi dah kan? Kadang2 lagi lame) non-stop masak. Memang ujian kecergasan jasad dan iman. Kadang2 berhenti seketika untuk recharge jasad dan iman.
Orang selalu ingat, tentera dapur ni kena pandai masak.. Saya tidak bersetuju. Pada saya tentera dapur adalah orang yang bukan hanya ready untuk menyampaikan bahan tetapi juga sedia mengaplikasi ilmu2 yang sudah dapat di usrah, daurah dan pembacaan. Di medan ini ilmu, kefahaman yang sebenar dan ketahanan akan diuji bukan secara lisan atau bertulis tetapi praktikal.
Dalam kepenatan jasad perlu terus mengulum senyuman… Tambahan lagi apabila mad’u di hadapan mata. Dalam kepenatan jasad, perlu sayang saudaranya seperti sayangkan diri sendiri… Masing2 biarlah aku lebih penat dari orang lain… (Walaupun tiada suara yang mengadu kepenatan… Tanpa dipinta atau disuruh semua cuba meringankn tugas org lain… Semua sangat concern tentang sisters yang lain.. MasyaAllah betapa indahnya ukhuwah ini… Walaupun sebelum ni bukan kenalan rapat malah mungkin ini pertemuan pertama)
Apabila tenaga diperah berterusan… Stamina akan kehausan dan iman juga akan terjejas… Untuk istiqamah pada ketika ini… Memang memerlukah mujahadah yang kuat… Tapi MasyaAllah… Tentera2 ini… Tidak pernah luntur dengan senyuman, tidak pernah lokek dengan kasih sayang dan tidak kering dengan pengorbanan. .
biarlah tangan ini kecut terendam didalam air berjam2
biarlah tangan ini terkena besi panas tatkala menarik talam yang panas
biarlah kaki ini yang kejang dek berdiri dan berjalan berterusan sehingga terlupa untuk duduk
namun x pernah mengadu apatah lagi mengungkit
Watak Kecil di Dapur,
Tukang Masak CSE 2007
p/s: Credit to our dear chef, Kak Wan Aida from Galway…
——————————————————————————————————————————————
Juga tidak dilupakan…
Sisters yang sangat dihargai jasa2 mereka dalam arena:
- Menghidang makanan
- Penjagaan sistem air dan makanan ringan di dewan
- Pembasuh2 dulang
Dan ramai lagi subkerja yang tidak tersebut tugas mereka disini… Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik – baik balasan insyaAllah.
Ampun dan maaf diminta dari pihak kami atas segala kekurangan yang ada.
Dan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk itu tersandar dek kelemahan diri kami semua…
Sehingga berjumpa lagi di PMS08, InsyaAllah

Salam
the much missed team dapur.
menyoal diri sendiri. bila saya plak nk terjun ke medan tarbiyyah dapur??
teringin pulak nak jadiK AJK memasak bro PMS 2008
boleh bayangkan apa tentera dapur hadapi kerana pernah berada di dapur komersial selama 3 bulan… tabik spring untuk mereka… =)