(sambungan …)
Assalammualaikum wrt
InsyaAllah kita akan sambung sessi bedah buku: Tarbiyyah Dzatiyah yang ditulis oleh Abdullah bin Abdul Aziz Al-Aidan. Semoga pembaca dapat menghayati excerpt dari buku ini.
Setelah membicarakan tentang apakah itu tarbiyyah dzatiyyah, kepentingannya dan mengapa ramai yang tidak menyedari kepentingannya, kita akan lihat pula sarana-sarana yang dicadangkan oleh penulis di dalam buku ini. Ada 8 sarana yang telah dicadangkan oleh Abdullah Al-Aidan.
1. MUHASABAH
Setiap perbuatan kita hatta sekecil-kecil atom, atau kata hati berdetak akan dicatatkan oleh malaikat rakib dan atid. Maka seelok-eloknya lah kita muhasabah diri kita dulu sebelum dihisab di hadapan Allah nanti. Perhatikanlah amalan-amalan, habit-habit, emosional dan rasional kita. Elok kah nanti untuk dipersembahakan kepada Allah nanti?
“Hari orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)” (QS. Al-Hasyr: 1
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Orang yang cerdas (berakal) adalah orang yang menghisab dirinya dan berbuat untuk setelah kematian. Dan, orang yang lemah ialah orang yang mengikutkan dirinya pada hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah” (Riwayat At-Tarmizi)
Umar al-Khattab R.A pula berkata: “Hisablah diri kalian sebelum diri kalian dihisab dan timbanglah diri kalian sebelum ditimbang. Kerana kalian lebih mudah menghisab diri kalian hari ini daripada kelak! Bersiap sedialah untuk menghadapai pertemuan besar. Ketika itu kalian dipertemukan dengan Allah dan tidak ada sesuatu apa pun pada kalian yang tersembunyi.”
Muhasabah secara rutin
Ibnu Qayyim menjelaskan ” Perkara yang paling bermanfaat untuk seseorang ialah dia duduk sebentar ketika hendak tidur. Ia melakukan muhasabah terhadap dirinya pada saat tersebut; atas kerugian dan keuntungannya pada hari itu. Lalu ia memperbaharui taubatnya dengan nasuha kepada Allah s.w.t, lantas tidur dalam keadaan bertaubat dan bertekad untuk tidak mengerjakan dosa yang sama setelah dia bangun. Itu dia lakukan setiap malam. Jika dia meninggal pada malam tersebut dalam keadaan seperti itu, dia meninggal dalam keadaan bertaubat. Jika dia bangun, dia bangun dalam keadaan siap beramal, senang ajalnya ditunda, dan siap mengerjakan perbuatan-perbuatan yang belum dia lakukan.”
Skala priority yang penting
- kesihatan aqidahnya (bersih dari syirik terang-terangan atau syirik tersembunyi)
- kekuatan tauhidnya (tidak dilemahkan oleh perbuatan atau fahaman yang akan melekmahkan tauhid)
- pelaksanaan kewajiban (solat lima waktu berjemaah, berbakti kepada orang tua, mengukuhkan silaturahim, amar makruf nahi mungkar)
- sejauh mana menjauhi perkara-perkara haram
- sejauh mana melakukan ibadah-ibadah sunnat
Jenis-Jenis Muhasabah
- Muhasabah sebelum melakukan sesuatu i.e jelas kenapa dia perlu berbuat sebegitu
- Muhasabah setelah melakukan sesuatu i.e muhasabah terhadap ketaatan kepada Allah (samada perbuatan tersebut melalaikan dia dari Allah), muhasabah perkara-perkara yang lebih baik dilakukan, dan muhasabah kewajaran perbuatan tersebut (adakah lillahi ta’ala atau kerana menginginkan dunia).
Muhasabah atas waktu
Muhasabah bagaimana dia telah menggunakan waktunya. Sia-sia, main-main, lalai atau bermanfaatkah?
Hassan al-Basri pernah berkata ” Aku pernah berjumpa dengan sekumpulan manusia yang peduli dengan waktu mereka, lebih dari kepedulian kalian dengan wang kalian.”
Ingat hisab terbesar
Hassan Al-Basri pernah berkata:
“Orang mukmin itu pengelola dirinya sendiri. Dia menghisab dirinya terhadap ketaatan kepada Allah ta’ala. Hisab sesetengah orang dipermudahkan pada hari kiamat, kerana mereka memuhasabahi diri mereka di dunia dan hisab sebahagian orang dipersulitkan kerana mereka mengerjakan banyak hal tanpa muhasabah.”
(bersambung lagi
…)
“……sebahagian orang dipersulitkan kerana mereka mengerjakan banyak hal tanpa muhasabah.”
takutnya…kita selalu review balik apa yang kita belajar dekat sekolah hari2, tapi, kalau nak review amal2 kita kena tunggu nak isi borang mutabaah amal dulu…huhu…
assalammualaikum mubasyir binnajaah: sememangnya kalau tidak dilatih untuk bermuhasabah kita tak akan biasa untuk bermuhasabah. mutabaah amal is a good way to start.