Assalamualaikum warga Cork semua… sihat tak??? Risau Kaknab sekarang dibuatnya… Dengar-dengar cerita, ramai yang tengah tension-tension sekarang nih??? Musim examlah katakan
… cool-cool… rileks… jangan mengelabah sangat… nanti susah plak bende yg kita baca tuh nak melekat kat otak.. study tuh, study lah jugak… tapi jangan plak sampai kesihatan pun terganggu… masalah nanti… takut plak melarat-larat sampai kat dewan exam…
Akhirnya… huhhhh… abes jugak exam Kaknab hari ni… gumbira Kaknab tak terkata… susah tu memanglah susah… nak buat macamana, soalan dah susah… yek tak??? Takkan Kaknab nak suruh lecturer tu buat soklan yang senang2, macam tak logik jek??? Budak-budak medic ni kan pandai-pandai belaka… lagi-lagi kalau student Malaysia… hhhmmm… lagik meletop!!! memang kaki hafal!!! Jawapan, masyaAllah sebijik macam dalam lecture note… sampai grammar English pun serupa!!! Dahsyat2!!! Kaknab respect habislah!!! Apa-apa pun Kaknab dah struggle sehabis mungkin, sampai naik lebam mata Kaknab nih dibuatnya… stay up lah katakan… bergelas-gelas air kopi Kaknab minum… boleh jadik “weng” kepala kaknab dibuatnya… haiiiiii…. begitulah rencah hidup kita ni jadi student medic kat UCC ni yek… tak habis2 dengan examnya… hahhhh…. macamana ngan exam korang semua yek especially 2nd med dan 4th med??? Ok tak??? Kaknab doakan semoga you all semua cemerlang hendaknya… kita buat apa yang terbaik mampu kita buat… and the rest kita serahkan pada Allah untuk tentukannya… insyaAllah… DO THE BEST, GET THE BEST…
“Hal jaza’ul ihsan ni illal ihsan”
Tidak ada balasan ihsan selain ihsan
(55:60)
Uuuiiisshhhh… lama sungguh Kaknab tak bersua yek??? dah 2minggu rasanya… aduih… aduih… hari ni barulah Kaknab free nak menulis… sori… sori… rindu sangat2 Kaknab kat pembaca setia msmcork.wordpress.com nih
… dah lama Kaknab ni tak berceletoh dengan semua orang… Kaknab ada banyak sangat cerita nak cerita nih… taktau nak cerita yg mana satu… semua best2 dan sensasi… huh… mentang-mentanglah Kaknab ni dah dapat mandat dari Moderator WordPress nih… apalagi Kaknab pun belasah jelah… sori Moderator
…
Exam Oh Exam… Kaknab pasti, ramai yang tidak suka mendengar perkataan ini… apatah lagi menyebutnya, pasti mengeluh… perkataan inilah yang Kaknab rasa jadik penyebab orang hidup gelisah, takut, risau, murung, dan gundah-gulana… Kaknab tau, inilah perkataan yang sentiasa menghantui hidup kita semua bukan??? Begitulah jugak ngan Kaknab… sebut jek pasal exam, jantung terus berdegup kencang… dari mana datangnya adrenaline nih pun, Kaknab taktau… tetiba jek dier secrete… kalo sikit takper lah jugak, ni sampai palpitation Kaknab dibuatnya… jangan Kaknab kene sakit jantung sudahlah… risau jugak… hypertrophy pulak jantung Kaknab nanti kalo asyik berdegup kuat-kuat cam gini
… iiissshhh… tak senang duduk Kaknab dibuatnya, kalo dekat-dekat musim exam… Jauh di sudut hati Kaknab, nak jek Kaknab lari, tapi Kaknab kene kuatkan semangat jugak…
Kaknab nih selalu jugak perhatikan muka kawan-kawan Kaknab nih … mula-mula tu muka dia nampak ceria-ceria, tapi tetiba jek bila announce pasal exam, muka terus jadik muram… hebat tak hebat penangan exam nih… masyaAllah takjub jugak Kaknab tengok deruan angin exam nih… sampai muka yang manis boleh jadik berkedut-kedut…risau tak terkata… dah tak boleh nak enjoy2… tak boleh nak main2… tak boleh nak ronggeng2… now it’s time to be ‘ulat buku’… buku pun dah beratur panjang kat atas meja study… just nak tunggu giliran untuk dibaca jek… peehhhhh.… buku pun kene beratur jugak… Kaknab ingatkan manusia jek yang pandai beratur… buku pun dah jadik macam orang
…
Kadang-kadang tu, tanpa kita sedari, time musim exam nilah, mulut kita tak habis-habis kumat-kamit bertasbih dan berzikir “Ya Allah Bantulah Aku”… tak putus-putus… dari pagi sampai petang sehinggalah ke malam… sampai di bawa masuk ke tidur… tak luput dari ingat Allah… masyaAllah… alangkah bagusnya rasa dihati Kaknab kalau setiap hari kita macam gini… selalu ingat Allah di kala senang dan susah… di kala lapang dan di kala sibuk exam… tapi lumrah kehidupan manusia… ingat Allah hanya bila ditimpa malapetaka… lupa Allah bila bencana tu dah berlalu…
Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, dan berlayar di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan meluncurlah kapal itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira kerananya; tiba-tiba datanglah angin badai dan gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya semata-mata. (Mereka berkata): Sesungguhnya jika engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur“.
(10:22)
Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilanglah semua yang kamu seru kecuali Dia. Tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling dariNya. Dan manusia adalah selalu tidak bersyukur.
(17:67)
Petang tadi, after exam, terkedu lidah Kaknab bila dengar kawan Kaknab ajak Kaknab pegi ke ****… terperanjat betul Kaknab dibuatnya… baru jek abes exam… dah nak buat macam-macam… sebelum exam takde pulak sibuk-sibuk nak pegi tempat tu… Astaghfirullah… betul-betul apa yang Al-Quran cerita, berlaku depan bijik mata Kaknab… sedihnya Kaknab rasa… tetiba terdetik di hati Kaknab… “Alangkah bagusnya jikalau setiap hari ada exam (walaupun hakikatnya betul, exam Allah), pasti manusia akan sentiasa ingatkan Allah”… tetapi manusia sahaja tidak menyedarinya… alangkah ruginya manusia…
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”
(10:12)
Sahabat-sahabat dan adik-adik Kaknab yang Kaknab kasihi sekalian… ingatlah pesan Kaknab ni molek-molek… ingatlah Allah selalu… tak kira dimana kita berada… pada bila-bila waktu… susah atau senang… lapang atau sibuk… gembira atau berduka… janganlah kita menjadi manusia seperti yang telah disebutkan oleh Allah dalam ayat-ayat Al-Quran yang Kaknab mentioned di atas tadi… Kaknab takut, kalau-kalau kita tergolong di kalangan manusia yang tidak bersyukur dan melampaui batas… Kaknab doakan semoga kita semua dipelihara oleh Allah daripada perbuatan sebegini… Kalo Kaknab sendiri ada terbuat macam gitu, tegur-tegurlah Kaknab… Kaknab tak kisah… Kaknab lagi suka kalo ada orang tegur Kaknab bila Kaknab buat silap
… mudah-mudahan kita semua menjadi lebih dekat dengan Allah…
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang”
(Ar Ra’du:28)
“Dan banyak-banyaklah mengingat Allah supaya kamu
memperoleh keberuntungan.”
(Al Anfaal:45)
“Dan laki-laki dan wanita yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(Al Ahzab:35)

mmg betullah kaknab… saya pun pernah lalui pengalaman mcm kaknab… tp dier tak cakaplah terang2 kat saya… saya just tgk kat status YM dier jek… time sebelum exam, ayat basah habis… tapi bila lepas exam, ayat kering habis (faham ke tak ayat ni)… faham2kanlah
kaknab pun perasan jugak bila tgk status YM kawan kaknab… mmg basah sgt2 before exam, after exam kering macam gurun sahara
tengah bosan soalan melayang: tiba musim exam pasti ia dikaitkan dengan pengambilan bahan yang berfungsi merangsang otak untuk overtime/kerja lebih masa sebab nak study. contohnya kopi. apa beza kopi dengan syabu? dua2 stimulate otak agar dapat buat aktiviti seperti biasa untuk 1 tempoh yang lama. dua2 le buat orang jadi addict. dua2 ada kesan pro n con. boleh ke ambil terutama secara berlebihan kopi? realiti: kopi lebih baik dari syabu. seperti biasa orang tahu akibat berlebihan tetapi masih diteruskan kerana ingin survive dalam apa jua pekerjaan yang sedang diusahakan. tipu otak sedangkan diri dah penat. bukan ke menzalimi diri tue. tak faham lah.
alahai… kaknab nak buat mcmana… kaknab ni takderlah kuat tido sgt… tp biler nak dekat2 musim exam nih… belum lagik pukul 9pm dah mengantuk… tp biler bukan time musim exam, ligat plak mata nih… tak nak tido
… kaknab pun tak paham biological system dalam badan kaknab nih… ni mesti keje syaitan pakaikan celak kat mata kaknab… jahat btol syaitan nih… time nak tuntut ilmu nilah, dier sebuk2 nak pakaikan kaknab celak…time tak study, taknak plak bubuh celak byk2 kat mata kaknab
… tu kot sebabnya kaknab mengantuk… dan amik kopi… sorilah yek kepada anti-kopi kerana tak suka kopi
kdg2 kite lebih takutkan exam dunia lebih dr exam akhirat. huhu…mari same2 berusaha utk kutip sebanyak mungkin bekalan utk exam di akhirat nti. same2 ingatkan ek…
(saya yg msh tension dan depressed)
kaknab setuju sgt2 ngan pendapat fatimhuda… alangkah bagusnya kalo kita sanggup stay up utk solat malam dan qiyamulail (bukan berniat nak pisahkan study dgn ibadah)… kalo sanggup stay up semata-mata nak study, kenapa tak sanggup stay up untuk qiyamulail??? huhu… kaknab kene byk mujahadah lagik nih… dan kene byk muhasabah…
hhhmmm…. jgn tensi2 fatimhuda
wah ironi nya… betul2… sanggup stay up 4 exam dunia sbb tahu akibat nya jika failed… exam akhirat?? kbykn org kata sendiri mau ingat laa… kalo ingtkn nnti kata tue urusan dia dgn Allah pula… hish… mcm2 ada… apa2pun kena berusaha memperbaiki diri & ambil iktibar dalam alam ini… jom!! =)
p/s: bdk baru bljr, kalo slh minta tegur2kn =)
betul3x deen… kaknab sokong 200%
… mcm tulah sikap masyarakat kita, pantang ditegur… sabar jelah deen yek… yg penting deen dah sampaikan apa yg patut disampaikan…
bykkan berdoa dan bertawakkal… mudah2an Allah mengetuk dan membuka pintu hati mereka … insyaAllah…
“sampaikan dariku walaupun satu ayat” hadis nabi
p/s: kaknab pun baru blajo gak… kalo salah jgn segan2 tegur kaknab
kaknab suka ipin & upin ek sbb “betul3x” 3 kali diulangnyer… (sy bca dlm nada mereka) =) apa2pun ilike… cuma sokong smpai 20% tue tinggi sgt la kaknab… Penah baca 1 buku nie… Ia kata kita kena sentiasa berhati-hati dan waspada agar tidak terlalu cepat merasa kagum dgn stiap pemikiran, sebaik-baiknya perhalusi ia bagi kebaikan dan keselamatan diri…
p/s: bdk baru bljr, kalo slh minta tegur2kn =)
*200%
huhu… sori lah yek deen… kaknab terlalu excited sgt kot… lenkali kaknab kene wasatiah (sederhana) sket… betul kata deen tuh… kita takleh terlalu yakin… sbb allah yg tentukan semuanya… Allah pun ada mention dalam quran:
18:23. Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi,
18:24. kecuali (dengan menyebut): “Insya-Allah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini”.
JZKK DEEN KERANA MENGINGATKAN KAKNAB
… BIASALAH KAKNAB NIH BILER EXCITED SGT, SYOK SENDIRI… LUPA SEMUA… MUHASABAH DAN MUJAHADAH…
Lets make action louder than words..sembang je tak gune..kepimpinan melalui teladan..
kaknab setuju ngan york… lebihkan medan amal… kurangkan medan cakap… sbb manusia ni kadang2 cakap jek byk, amal takder… mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yg amal>cakap…