Bismillahirrahmanirahim.
“Siapa hendak jadi doktor besar nanti?”
Itu soalan guru sekolah rendah saya dahulu. Ingat lagi ketika itu, ramai betul kawan-kawan yang angkat tangan. Tidak pula saya. Saya tidak mahu jadi doktor.
PRAMUGARI…
Saya nak jadi pramugari cikgu. Apa yang saya fikirkan waktu itu agaknya, ya, pramugari cantik.
PENYANYI…
Cita-cita kedua yang saya letakkan dalam fail pencapaian sekolah rendah saya yang berwarna coklat itu adalah penyanyi. Kelakar sungguh. Teringat lagi kakak yang emak upahkan mengasuh saya. Dia suka betul mengajar saya menyanyi. Tak lupa juga kenangan di kampung nenek sebelah ayah, malu betul kalau diingatkan. Setiap kali pulang bercuti di kampung, saya pasti mengajak budak-budak kampung yang lebih kurang sebaya berkumpul di tangga batu rumah datuk saya. Cuba teka kenapa saya kumpulkan mereka
. Saya nak suruh mereka dengar saya menyanyi. Penat menyanyi saya bercerita pula, “ceritera hikayat” yang saya reka-reka. Ternganga mereka mendengarnya.
Mak dan nenek cakap saya ini sukakan perhatian, “attention-seeker”
). Paling memalukan sekarang kalau berjumpa kawan-kawan nenek di majlis keramaian di kampung, pasti isu saya menyanyi dengan skirt kembang dibangkitkan. Ayat yang saya dah boleh agak akan keluar dari nenek-nenek yang saya amat kasihi itu pastilah, “Amboi aih, dah besaq dah cucu Jah ni, yang ni ka dok menyanyi kecik-kecik dulu dengan skirt kembang dia kat tangga tu” Malu sangat apabila kenangan itu dibangkitkan, dan itulah yang jadi usikan pakcik-pakcik saya.
PEGAWAI BANK…
Itu isu hendak jadi penyanyi, cita-cita ketiga saya nak jadi pegawai bank. Saya nak jadi kaya sekaya kayanya, saya nak guna duit itu untuk pergi ke suatu tempat. Cuba teka apakah tempatnya. Janganlah teka ke Mekah pula, mestilah salah, cuba bayangkan impian si kanak-kanak kecil, saya nak pergi ke Disneyland! Nak bermain kuda yang boleh berpusing-pusing tu (terima kasih kepada kawan-kawan yang memahami
) Itu sebabnya saya nak jadi pegawai bank. Naif betul, saya ingat bank itu adalah milik pegawai bank tersebut, so banyaklah duitnya!
PEGAWAI POLIS…
Kemudian saya hendak jadi pegawai polis, suka betul saya kalau dibawa ayah ke balai polis. Segak bergaya tengok pegawai-pegawai polis wanita. Berketrampilan, “Kaklong hendak jadi pegawai polislah ayah!” (Ayah saya tak benarkan buat makluman pembaca
) “Smart!” . Tak terfikir langsung dalam benak saya nak jadi polis kerana nak jaga keselamatan rakyat dan negara. Oh, cita-cita si anak-anak kecil.
MENCARI IDENTITI…
Menjengah ke sekolah menengah rendah, sebetulnya saya tak punya cita-cita. Saya sibuk dengan dunia remaja. Keliru dengan identiti diri. Benar sepertimana yang saya pelajari dalam subjek Psychiatry, belasan tahun adalah fasa mencari identiti diri. Hendak jadi orang baik sepertimana yang dididik di rumahkah atau nak jadi “cool” sepertimana kawan-kawan saya. Saya nak jadi “happy-go-lucky”, “easy going”. Apa kata orang tu, “Sempoi..”Ah..itulah perkataanya, Saya hendak jadi “sempoi” bukan skema atau baik bagaimana ayah dan mak ajar di rumah. “Mak dan ayah tak faham, tak “cool”. Mak dan ayah tak pernah cuba faham perasaan kaklong” Jerit batin saya. Waktu itu, bangga sangat kalau mempunyai “gewe” pada usia muda, kononnya kita dah cukup “hot” agaknya waktu itu. Biarlah mukanya senget pun, asal ada “gewe”. Kelakar sungguh!
Kemudian sibuklah dengan “Secret Admirer”. Jangan terkejut ya. “Secret Admirer” atau ringkasan yang kami selalu gunapakai di sekolah, “SA” adalah terdiri daripada perempuan-perempuan juga, tetapi kategori “macho”lah. (Nota : saya bersekolah perempuan dahulu) Tetapi aduh, berkasih-kasihan mengalahkan pasangan bercinta, geli geleman pula kalau diingatkan sekarang. Pening juga kepala ayah dan mak waktu tu, nak marah katanya kakak angkat. Suka betul saya peningkan kepala ayah dan mak selama 2 tahun fasa saya mempunyai krisis identiti itu. Kasihan mereka..
“Benar kata-kata seorang penulis terkenal, cita-cita si anak kecil, anak-anak kecil yang bahagia dengan dunianya, bahagia dengan permainannya.”
Kemudian, berganjak ke sebuah sekolah berasrama penuh, banyak memberi kenangan manis dan bermakna buat saya. Itu permulaan detik-detik saya memulakan langkah baru. Mana tidaknya, teman sebilik saya baik orangnya. Atau boleh saya katakan, baik sangat. Kadang-kadang tu, rasa seperti tak layak nak duduk sebilik dengannya, sabar..tenang..bertolak ansur… Beliau antara manusia bertanggungjawab mengingatkan tentang hidup saya ini hanya pinjaman, beliau mengajar saya erti kasih sayang seorang sahabat yang sebenarnya, bukan setakat bergelak ketawa bercakap tentang “make-up”, tentang majalah “Galaxy”, kumpulan “Boyzone” atau sebagainya. Saya sangat hargainya sekarang, walau pada masa itu saya selalu sahaja abaikan, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan
.
CITA – CITA BARU…
Di situ, saya kenali satu cita-cita baru. Saya hendak jadi pemimpin! Saya khabarkan pada mak dan ayah. Mesti dalam benak fikiran mak ketika itu, memang betul lah anaknya yang seorang ini sukakan perhatian. Tapi, kenapa agaknya saya hendak jadi pemimpin ketika itu ya? Yang pastinya, bukanlah sangat hendak menjaga kebajikan pelajar sekolah saya (Saya ucapkan tahniah jika ada di kalangan barisan pimpinan pelajar yang betul-betul nak jaga kebajikan pelajarnya). Mungkin betul kata emak, saya suka berada di atas, saya sukakan perhatian. Buruk betul perangai. Di situ juga, saya “dipaksa” supaya menjadi seorang doktor. “Tapi, kaklong nak ambik aerospace engineering ayah”. Pening betul agaknya ayah saya dengan anak yang seorang ini. Ingat lagi, kenangan berjumpa dengan kaunselor di sekolah tersebut. “Awak nak ambil course tu, tak kan banyak membantu masa depan awak. Tambah-tambah awak tu perempuan, tak nak berkeluarga ke” Saya bukannya nak kerja di Pluto cikgu
. Tidak mengapa, akhirnya saya termakan juga pujukan cikgu supaya menanam cita-cita hendak menjadi doktor atau jurutera. Jadi, saya pilih menjadi doktor, lebar senyuman ayah waktu itu, lega agaknya. “Ayah suka kalau anak-anak perempuan ayah jadi doktor ka, cikgu ka, dua-dua tu sampai mati dikenang jasa” Itu pendapat ayah.
Kemudian, saya ditakdirkan datang ke bumi “Caucasian” ini, di mana kadar peratusan Cystic Fibrosis dan Skin Cancer sangat tinggi. Bumi di mana, suara azan tidak berkumandang di udara sepertimana Malaysia. Ya, saya datang hendak tunaikan dita-cita saya, saya hendak jadi doktor! Tetapi kenapa agaknya hendak jadi doktor, saya tiada jawapan yang konkrit. Tapi, seingat saya sewaktu temuduga, saya menjawab kerana nak penuhi wawasan 2020 yang nak cukupkan kakitangan perubatan. Juga saya nak berikan servis terbaik buat rakyat Malaysia. Berbakti kepada negara dan rakyat dalam ertikata lain. Itu cuma jawapan akal saya, bukan lahir dari hati. Pelik, sanggup pula saya bersusah payah belajar, walaupun tak sebenarnya memahami kenapa saya hendak jadi doktor.
Cita-cita si anak-anak kecil..
TITIK TOLAK…
Akhir tahun 2004, titik tolak utama saya. Di bumi yang cukup asing ini, saya diketemukan dengan manusia-manusia luar biasa, yang kepenatannya untuk manusia lain. Pelik betul saya. Di bumi Allah ini juga, saya diizinkan Allah swt untuk kembali mengenali semula diri saya. Sedih betul. Saya tidak cukup mengenali siapakah saya sebenarnya. Saya fikirkan saya sudah cukup tahu luaran dan dalaman diri saya, saya salah rupa-rupanya. Saya keliru tentang tujuan hidup saya. Saya rasa amat malu, kerana selama ini impian saya, impian si anak-anak kecil. Gembira dengan alat-alat permainannya, cita-cita kecilnya. Namun, saya bersyukur, rupanya masih ada peluang untuk saya membaiki diri dan cita-cita hidup saya. Saya belum terlambat! Saya masih bernyawa dan diberi peluang besar. Dengan penuh rasa rendah diri dan perasaan kerdil di hadapan Allah swt, saya membuat keputusan untuk terus membuka jendela hati saya, saya hendak buka luas, seluas-luasnya.Khas untuknya…istimewa untuknya…Selamat Datang Taufiq dan Hidayah..singgahlah selalu ya.
Hari ini, 1 Februari 2008 bersamaan 24 Muharram 1429, saya masih bercita-cita hendak menjadi seorang doktor. Tetapi kali ini, saya lebih memahami kenapa saya perlu menjadi doktor, kenapa sayalah yang perlu cemerlang, kenapa sayalah yang perlu berkorban. Kenapa sayalah yang perlu membantu manusia di luar sana. Saya sudah faham, kali ini jauh sampai ke hati. Semua itu hanya dengan satu bekalan, saya sudah “berkenalan semula” dengan diri saya, saya sudah jatuh cinta dengan Pencipta saya. Hati saya sudah dimiliki.
Saya mahu jadi doktor, saya mahu beri ubat dan penawar. Saya mahu jadi doktor hati umat ini. Izinkan saya berkongsi penawar kesakitan dan kemelaratan umat dengan anda semua. Izinkan saya berkongsi cinta luar biasa ini dengan anda semua. Izinkanlah saya..menjadi doktor hati anda.. .
Qurratu’Ain @ Jannah

waaaaa, sy sangat suka baca cerita awk nih,hehehe..:) mmg seorang kanak2 riang dan suka perhatian ek,hihihi…smoga impian awk untuk menjadi doktor hati,ceewaahh akan tercapai satu hari nnti..:) sy doakan yg terbaik untuk awk ye..slm kenalan..nnti sy update link ye..
hehe dulu selalu pakat ramai2 nak tulis apa kat part cita-cita tu. sorang nak jadi cikgu, semua pun nak jadi cikgu.
huhu, tapi apa yang saya buat lain izzah, saya galakkan kawan-kawan saya jadi pramugari pula, bahaya betul. Semoga dengan kefahaman ini, kita semakin teguh berdiri walau selalu jatuh, walau selalu penat. Allah pasti ada membantu =)
Buat acai, salam berkenalan juga. Saya doakan acai juga berjaya menjadi doktor hati umat ini, ubati kita dan mereka dengan kembali kepada Islam secara sepenuhnya. Silakan ye acai mulakan langkah anda. Saya pasti sedia membantu insyaAllah =)
akak…
nih cerita macam mana boleh tergerak hati nak jadi doktor….
dulu2, kawan kata nak jadi doktor kena berani tengok darah, kena berani sebab nanti kena duduk bilik mayat sorang2la..nanti ada hantula..etc..etc..etc..kira kena beranilah…pastu fikir…xpernah tengok hantu, nak try…
time tu barula terdetik rasa,”oh! nak jadi doktorla!!”
pastu, ada gak tergerak hati nak jadi akauntan sebab cikgu matematik kata, “awak nih pandaila matematik!!!boleh jadi akauntan”…huhu…
tapi, bila ada kawan2 kata…”eh ustazah ‘x’! awak boleh jd ustazahla!!!”. time tu rasa marah sangat2…sebab taknak sangat2 jadi ustazah!!! boleh x???
hii…
memang cita2 si anak kecil….
syahdu betul tulisan qurratunain kali ini… dah besar rupanya adik kaknab sorang nih…huhu… kaknab suka sgt2 baca entry nih
… bila kaknab baca, tetiba jek kaknab pun teringat zaman2 kaknab muda2 dulu (tp sekarang pun muda lagik..hehe
)…kaknab pun teringin jugak dulu2 nak jadik pramugari, seronok dapat terbang kat angkasaraya… polis pun yek jugak, coz dulu kaknab syok sgt2 dgn cerita GERAK KHAS tu, seronok tgk inspektor aleeza… orgnya manis, tegas dan smart…
tapi begitulah kehidupan seorang kanak2… hidup tanpa tujuan… yang penting hidup ceria dan gembira… tapi kini, waktu itu sudah berlalu bagi kaknab… skrg ialah detik kehidupan seorang yang dewasa… dewasa dari segi matlamat dan cita-cita… bukan setakat sekadar menjadi seorang doktor… tapi lebih besar lagi…
ingat tak masa kita sama2 belajar ‘mukaddimah fi zilal’… al-quran nak mengajar kita menjadi seorang yang berjiwa besar dan bercita-cita tinggi… malah bukan setakat itu shj, al-quran mahu mengubah manusia menjadi seorang yang berfikiran dewasa, bukan seperti kanak2 sebagaimana manusia yang kita lihat pada hari ini… sibuk dgn pelbagai jenis permainan yang seorang kanak2 idam-idamkan walaupun umur sudah meningkat lanjut… aduhai manusia…
kita lihat sahaja kapada muhammad al-fateh, umur baru sahaja 24 tahun, tapi sudah berjaya membuka sebuah kota konstantinopel… malah telah di tabalkan sebagai pemimpin yang terbaik sebagaimana dalam hadis nabi s.a.w… ada byk lagi contoh yang boleh kita ambil seperti 2 orang adik-beradik yang berlumba-lumba utk turut sama2 ke medan jihad… oleh kerana masih di bawah umur dan belum mencapai ketinggian yang telah ditetapkan, maka nabi pun tidak membenarkan kedua2nya utk pergi ke medan jihad… walaupun begitu, mereka tidak berputus asa… mereka sanggup menjengketkan kaki semata-mata supaya kelihatan lebih tinggi… akhirnya nabi membenarkan mereka pergi ke medan jihad…
begitulah revolusi yang hendak di bawa oleh Al-quran kepada manusia… revolusi pemikiran dan cita2… kaknab harap kita semua dapat menjadi seperti kisah di atas… kerana hakikat kanak2 itu bukanlah terletak pada umur seseorang itu, tetapi terletak kepada cita-cita dan pemikiran seseorang itu…boleh jadi zahirnya nampak mcm orang dewasa, tetapi oleh kerana cara pemikiran seperti kanak2, mereka hakikatnya adalah kanak2… wallahua’lam…
p/s kaknab tak terpikir pulak nak menjadi penyanyi… huhu… suara kaknab ni tak sedap… mcm bunyi suara cengkerik jek
… sumbang sgt…
salam wrt dr ‘x’ =)
Siapa kata seorang doktor tidak boleh bergelar ustazah. Saya cabar dr’x’ untuk menjadi doktor+ustazah = dokzah @ ustator (mana2 yang sesuai). Ummah di luar sana memerlukan insan yang bijak dan berkefahaman Islam, saya yakin dr’x’ pasti dapat membimbing manusia ke jalan Allah, dr’x’ mesti ada natural talent insyaAllah. Dr’x’ yang dikasihi, sila hubungi msm_cork@yahoo.com utk sesi perkenalan lanjut, ramai doktor2 hati berkumpul di dalamnya, khas utk ummah ini insyaAllah.
-saya suka berkenalan-
baik2…
saya juga meeeeeeeeeeeemang suka berkenalan…
insyaAllah… sama2 kita jadi doktor hati umat ini dan paling penting, doktor hati pada diri sendiri juga…
p/s: teringat hadith hati…bila baik seketul hati itu, baiklah seluruhnya dan jika buruk hati itu, buruklah seluruhnya…hati…semoga hati-hati kita sentiasa jauh dari impian dan permainan kanak-kanak, sentiasa terikat pada jalan ini dan semoga berpaksi pada yang Haq sehingga yang Haq adalah yang haq, yang bathil adalah yang bathil…
insyaAllah…
serious menarik entry kali nie. ia mengimbau kembali stage-stage kehidupan terdahulu tentang cita-cita, impian, harapan dan persoalan dalaman diri yang kadang-kadang kita terlupa akan kewujudannya.
walau apa-apa pun, alhamdulillah, ramai di sini sedang berusaha menjadi sebaik-baik doktor di masa depan. sememangnya respect dengan ke’struggle’lan mereka ini tika berusaha melunaskan tanggungjawab as a student medic di dalam ataupun di luar negara.
dari kecil lagi sampailah sekarang (yup! masih ada keinginan itu) sememangnya bercita-cita menjadi seorang doktor dan juga telah pun plan untuk specialized dalam bahagian paediatrik. lebih-lebih lagi parent turut memupuk minat ke arah itu dengan menawarkan ganjaran yang lumayan jika berjaya memasuki kursus medic dan juga kerana stigma masyarakat yang mengata kerjaya ini satu kerjaya yang mulia dan penting.
tapi apabila di pra-universiti, terasa diri tidak layak untuk meneruskan perjalanan itu dan tika tamat pengajian di universiti pula, peluang itu masih ada terbuka luas tapi dijadikan sebagai pilihan terakhir jika tidak ke mana-mana selepas 6 bulan tamat belajar kerana tak nak title menganggur menghinggap diri.
dan kini sememangnya bukan jalan medic itu yang diselusuri sekarang kerana beralih ke bidang lain yang masih juga menawarkan “doktor” di awal pangkal nama. InsyaALLAH.
ya, ia 1 alternatif juga walaupun mungkin jalannya berbeza tapi matlamatnya masih sama kerana diri masih berpeluang “merawat” masyarakat masa kini. InsyaALLAH.
Semoga kita semua sama-sama berjaya ya dalam merealisasikan cita-cita! Amin!
p/s: bdk bru bljr, kalo slh minta dtegur2kn
Salam wrt Kak Nab, Kak Nab pun dah besar skrg alhamdulilah. Semoga sama2 tetap dan istiqamah insyaAllah. Thumbs up utk Kak Nab, penceria Cork!
Salam wrt kepada deen, insyaAllah, sama2 kita bantu membantu dalam matlamat hidup yg cukup mulia di sisi Allah utk kembali merawat penayakit umat dan diri sendiri. Deen pasti tidak keseorangan dalam hal ini, kami adalah segerombolan manusia yg menanti2 siapa yg ingin bersama berkelana bersama kami menuju Allah swt. Ahlan wasahlan =)
-Manusia yg tidak mengenali siapa dirinya, pasti tidak mengenali Penciptanya, cermin2 minda, masih cita2 si anak kecil?-
Yg baik itu dari Allah jua, segala kelemahan dr diri saya.
Salam Kak Qurratunain!
Lame tak jumpe kakak..huhu…bess la bace entry kakak…reminded me of the times when everything that saye bwat dulu…ade je nak pk…it’s cool, it’s accepted, cool to be followed by..rendah btol threshold kepuasan hidup saye time tuh
Tapi, semakin membesar, pkran cool tak cool neh cam nak tergelak je..berie je nak impress org, baik impress tuhan..tak kesah la org kebanyakan kate tak cool, asalkan bess di sisi tuhan..tp kadang2…bese la saye pon manusia, still sebok jugak pk ape org pk, takpe2…insyaallah, i’m getting there…getting to be better than before
saye tengah study genetics tadi pastu bace pasal ageing punye research. ni la terigin nak jadi geriatric neh sbb cam menarik jek… ok la itu bukan point die sebenanye. dlm article saye bace, die kate, makin ke arah 2050, makin banyak pop manusia yg lebih 85 tahun. Tp ape gune umur panjang yg tak berkualiti?everybody will die eventually, however, kite perlulah live our live so that it becomes meaningful to others and to ourselves
Cam tak kene topik ape yg saye ckp ek?takpela melalut. tp being a doctor is not our ultimate goal kan kakak?we’ve got sooo much to do…yet sooo little time in the world..lepas saye pencen jd doktor?? then?? soklan retoris neh, huhu
Salam my dear diyana..
Kakak minta maaf sgt sbb dah lama xturun ziarah semua orang, insyaAllah dalam masa terdekat =)
Kakak setuju dgn pandangan diyana, kadang2 kita lebih mementingkan pandangan manusia dr pandangan Allah, selalu tersalah dlm meletak priority. Sebab itu masyarakat Islam esp Melayu sgt sukar nak kedepan, sbb terlalu rigid dan sensitif dgn pandangan manusia lebih dr yg lain. Jadilah melayu yg LAYU, yg sempit dan takut mengambil risiko.
Kita selalu takut dan malu dikatakan sbg org baik, ttp bukankah segala kebaikan dr Allah dan sebaik2 ganjaran dr Allah adalah utk org2 yg baik.
Bukankah syurga utk mereka yg baik? =)
Umur yg panjang ttp xmenyumbang dan xberkualiti, merugikan, betul x diyana? Esp dalam perbelanjaan perubatan kan hehe, mengabiskan beraih je eheh.
Kakak nak juga share satu benda ni, diulas dgn baik sekali oleh Stephen Covey dlm buku 7 Habits, dia tanya lebih kurang begini, “How many of us when on their deathbeds wished they’d spent more time at the office, school, having fun with friends, watching TV etc? The answer is NO ONE!
Pada waktu itu, selain dr sedih memikirkan org2 tersayang yg kita bakal tinggalkan, kita pasti tgh berdebar2 dan takut sgt sebab memikirkan tanggungjawab syahadatul haq yg tidak dilaksanakan dgn sempurna. Dan waktu tu, kita hanya menanti titisan airmata terakhir kita di hadapan Allah swt. (cuba bayangkan situasi ini)
Kakak doakan adik2 semua insyaAllah excited enuf utk melangkah ke program My Vi kita insyaAllah. Semoga beroleh mutiara yg paling berharga dunia dan akhirat.
-tak sabar rasanya nak melihat “bunga2″ yg baru tumbuh segar di taman Islam yang pasti mewangikan seluruh alam ciptaan Allah swt-
“islam datang dalam keadaan asing(dagang), dan akan kembali dalam keadaan dagang, maka beruntunglah mereka yang berdagang”
jom kita jadik manusia yang asing/dagang/pelik/”baik” itu…