
Kerana Hati…
Pastinya manusia mengejar kebahagian di dunia ini dan juga kehidupan selepas kematian…perjalanan bertemu Tuhan. Pastinya juga harapan ini memerlukan manusia untuk mengawal nafsunya, membersihkan dan menyucikan hatinya dan mengislah dirinya…
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (٩)وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (١٠)
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal kebajikan) [9] Dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) [10]“
( Ash-Shams 91: 7-10 )
Begitulah keindahan Iman, ia mampu membersihkan dan menyucikan jiwa manusia…kembali kepada fitrahnya. Sebaliknya, kekufuran dan maksiat akan mengotorkan jiwa…
كَلا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Sekali-kali tidak! Bahkan hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”
( Surah Al-Mutaffifin 83: 14 )
Dan ingatlah peringatan baginda saw, bahawa kemaksiatan akan menyebabkan hati akan dipenuhi oleh tompok-tompok hitam yang menggelapkannya…hanya taubat dan amal soleh mampu membersihkanya, kembali kepada fitrah dan ketenangan. Inilah permulaan baru…
Rasulullah saw pernah bersabda,
اتَّقِ الله حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
“Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana jua kamu berada, dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan, ia akan menghapuskannya (kejahatan), dan bergaullah dengan manusiaa dengan akhlah yang baik”
( Riwayat Tirmizi )
Pintu kepada Tazkiyatun Nafs
Langkah pertama apabila manusia mahu membersihkan jiwanya adalah dengan taubat yang berterusan kepada Allah. Perjalanan ke arah penyucian jiwa hanya akan bermula apabila manusia menginsafi kesalahannya dan menyerahkan dirinya kepada Allah sepenuhnya…mengharapkan keampunan…mengharapkan cahaya yang menghilangkan kegelapan hatinya…
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نصُوحًا …
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (benar-benar)…”
( Surah At-Tahrim 66: 8 )
وَاسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي رَحِيمٌ وَدُودٌ
“Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatla (kembali taat) kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih.”
( Surah Hud 11: 90 )
Allah sentiasa mengasihi hambaNya biarpun dia seringkali ingkar dan berdosa…pintu taubat dan kerahmatan Allah akan sentiasa terbuka sehinggalah matahari terbit dari barat…Kita hanya memohon dariNya…
Jangan berputus asa dengan rahmatNya…
Merasai KehadiranNya…
Seterusnya, manusia perlu menyedari kewujudan Allah dan merasaiNya…Allah sentiasa melihatnya dan mengetahui setiap gerak gerinya…kerana Dia terlalu hampir dengannya…
Inilah perasaan yang disebut sebagai muraqabatul-Lah (مراقبة الله). Perasaan ini akan melahirkan sifat ihsan dalam setiap amal perbuatan.
وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ…
“Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang ia muhsin (yang berbuat ihsan)…”
( Surah An-Nisa’ 4: 125 )
Dengan itu lahirlah kekuatan…mampulah ia berpegang teguh kepada Allah…
وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى…
“Dan sesiapa yang berserah diri kepada Allah sedang ia muhsin, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh…”
( Surah Luqman 31: 22 )
Ihsan itu bermaksud kita menyembah Allah seolah-olah kita melihatNya, dan jika kita tidak melihatNya, Dia melihat kita…sentiasa…
Musuh yang Tidak Pernah Leka
Ingatlah akan pesanan daripada Allah swt,
… إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ
“…Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
( Surah Yusuf 12: 53 )
Nafsu akan sentiasa mendorong manusia kepada kejahatan…menjauhkannya daripada kesucian dan kebersihan…Syaitan pun turut sama membisikkan hasutan dan mengaburi hati untuk menilai dan membezakan kebenaran dan kebatilan…
Tiada pilihan lain, setelah manusia bertaubat dan mula merasai kehadiran Allah, dia akan berhadapan dengan pertempuran…jalan menuju Allah swt…jalan baru…
Maka, manusia perlu bermujahadah melawan desakan dan hambatan di sepanjang perjalanan ini…
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
“Dan orang-orang bermujahadah dalam agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang muhsin.”
( Surah Al-Ankabut 29: 69 )
(diubahsuai daripada khutbah jumaat bertajuk Tazkiyatun Nafs di Masjid Cork)
perkongsian,
Abu Muhammad