“the power of patience, and the fire of hope must burn in the hearts of the wise.”
Bismillah ar-rahman ar-rahim
Kisah Nabi Yusuf disemadikan di dalam surah yang kedua belas. Allah berfirman bahawa kisah ini merupakan kisah yang terbaik yang Allah kurniakan (ayat 3) .
Surah ni selalu jadi surah pilihan surah tadabbur bila berjalan-jalan. Duduklah di airport, bus station atau di dalam flight, surah yang hanya 111 ayat, selalu menjadi pilihan selain surah al-kahfi. Pernah surah ini menjadi homework usrah.
Bila diamati, surah Yusuf banyak mengajar kita cara untuk bersabar. Sabar bukanlah satu perkara yang mudah. Memerlukan latihan dan amali. Latihan dan amali dari segi perkataan, perbuatan dan hati.
Sabarnya Nabi Yusuf bila dia dikhianati oleh 10 saudara kandungnya sendiri , ditinggalkan di dalam telaga untuk mati.
Sabarnya Nabi Yaakub bila terima berita anak kesayangangan mati dibunuh serigala sedangkan anak-anaknya gembira dengan ketiadaan adik mereka sendiri. Hatinya disabarkan dengan ucapan “fasabrun jamil” dan Nabi Yaakub hanya menyerahkan kepada Allah perbuatan yang dibuat oleh anak-anaknya. (12:18)
Sabarnya Nabi Yusuf apabila dituduh cuba menggoda isteri tuannya. Dan sabarnya Nabi Yusuf apabila baginda digertak untuk dipenjarakan jika tidak mahu mengikut kehendak perempuan itu. (12:32) Baginda lebih rela dipenjarakan.
Dan sabarnya Nabi Yusuf apabila orang yang telah berjanji untuk menceritakan tentang baginda apabila orang itu bebas, lupa kerana syaitan telah menjadikan dia lupa, menyebabkan baginda duduk di penjara lebih lama lagi. (12:42)
Dan sabarnya Nabi Yaakub apabila Bunyamin tidak pulang. Dia diam menahan amarahnya (12:84)
Tetapi Allah tidak mensia-siakan kesabaran Nabi Yusuf dan Nabi Yaakub. Setelah keluar dari penjara, Nabi Yusuf dibersihkan daripada tuduhan cubaan menggoda isteri tuannya. Perempuan itu sendiri mengaku bahawa dialah yang menggoda Nabi Yusuf (12:51).
Kemudian Allah kurniakan kemuliaan kepada Nabi Yusuf. Baginda dijadikan sebagai salah seorang yang dipercayai raja (12:54) dan kemudian diberikan tugasan seorang bendaharawan. (12:55) Dan akhirnya Nabi Yusuf dipertemukan dengan kedua ibu bapanya dan saudara-saudaranya. Akhirnya Nabi Yaakub berjumpa dengan anak-anak kesayangannya, Nabi Yusuf dan Bunyamin.
Nabi Yusuf memaafkan saudara-saudaranya dan berdoa semoga Allah mengampuni mereka (12:92). Syaitanlah yang telah merosakkan hubungan persaudaraan mereka (12:100)
—————-
the power of patience and the fire of hope ditunjukkan di dalam Surah Yusuf. Bersabarlah dan teruslah mengharap dari Allah.
“My Lord! You have indeed bestowed on me of the sovereignty, and taught me the interpretation of dreams; The Creator of the heavens and the earth! You are my Wali (Protector, Helper, Supporter, Guardian, etc.) in this world and in the Hereafter, cause me to die as a Muslim, and let me join with the righteous.”
extensive explanation by Syeikh Yasir Qadhi here.
notes: 33 lessons from surah yusuf