Kejatuhan khalifah Islam sejak 84 tahun dahulu merupakan satu malapetaka terbesar ummat Islam pada ketika ini. Tahukah anda bahawasanya, di sepanjang sejarah perkembangan Islam, kita tidak pernah kehilangan sistem khalifah walau seharipun. Biar seteruk mana, atau sehuru hara mana sekali pun keadaan umat Islam di ketika itu, khalifah atau sistem pemerintahan Islam masih wujud dan relevan di dalam masyarakat Islam. Kita ambil sahaja kisah sebaik sahaja rasulullah saw wafat. Walau rasulullah saw belum sempat dikebumikan, para sahabat sudah bermesyuarat sesama mereka untuk berbincang bagi melantik pengganti rasul sebagai pemimpin masyarakat Islam di ketika itu. Tidakkah ini menunjukkan betapa pentingnya khalifah atau pemimpin Islam di dalam masyarakat Islam?
Namun demikian, haruslah diingatkan bahawasanya, untuk mewujudkan seorang khalifah tidaklah semudah melantik seorang manusia muslim bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Jangan disalah faham. Khalifah bukanlah suatu jawatan. Andai khalifah hanyalah suatu jawatan, maka lantik sahaja mana mana muslim yang beriman dan soleh untuk megisi jawatan tersebut, maka selesailah sudah tugas kita. Namun, kewujudan khalifah mempunyai signifikan yang lebih besar daripada hanya sekadar mengisi kekosongan jawatan tersebut. Ia merangkumi suatu sistem yang memayungi seluruh kehidupan kita. Sistem yang dimaksudkan di sini adalah sistem Islam itu sendiri sebagai deen yang maksudnya tidaklah sekadar “a way of life”, tetapi Islam sebagai suatu ideologi yang dianuti oleh semua manusia tanpa mengira agama mahupun bangsa.
Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari deen Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi, sama ada Dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan.
(Ali Imran : 83)
Oleh itu, jalan yang ditempuhi adalah jauh dan panjang. Untuk menubuhkan suatu sistem, kerangkanya harus dibina dahulu. Ambil sahaja analogi untuk membina sebuah rumah. Andai kita mahu membina sebuah rumah, apakah yang harus dibina dahulu? Sudah tentulah kita akan membina pasaknya dahulu. Menanam cerucuknya dahulu, meletakkan batu bata satu persatu sehingga terbinanya sebuah rumah yang tersergam indah. Begitu jugalah dengan usaha untuk mengembalikan kegemilangan Islam di bumi ini. Perjuangan ini seharusnya dilakukan dengan bertahap tahap.
Kita ambil sahaja contoh bagaimana Rasulullah saw membina Madinah. Usaha yang dilakukan Rasulullah saw sebenarnya dimulakan di Mekah. Apa yang dilakukan baginda saw di Mekah adalah usaha usaha mentarbiyyah para sahabat bagi memiliki aqidah serta keimanan yang kuat kepada Allah swt. Namun usaha tarbiyyah ini bukanlah sekadar tarbiyyah tanpa mempunyai hala tuju. Tarbiyyah yang dilakukan oleh Rasulullah saw mempunyai agenda untuk membina sebuah negara, malahan lebih besar dari itu, iaitu menjadikan Islam sebagai ustaziyatul alam atau world order. Baginda telah menanam satu keyakinan dan keimanan yang mendalam kepada para sahabat bahawa Islam lah satu satunya jalan penyelesaian kepada kepincangan sistem masyarakat yang wujud ketika itu.
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain.”
(Yusuf : 10
Oleh yang demikian, untuk memikul tugas yang sangat besar ini, ia memerlukan usaha yang serius dan berpanjangan. Setiap perjalanan itu pastinya ada titik permulaannya. Dan langkah permulaan bagi agenda besar ini sebenarnya bermula dari pengislahan diri kita sendiri. Firman Allah swt yang maksudnya
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri…
(Ar Ra’adu : 11)
Pengislahan diri yang dimaksudkan adalah dengan kita menjadikan diri sebagai satu individu muslim yang sejahtera aqidahnya, sahih ibadahnya, mantap akhlaknya, memiliki tubuh badan yang kuat, fikiran yang berpengetahuan, mampu berdikari dan berusaha, mampu melawan nafsu, menjaga waktu, tersusun dalam urusan serta berguna kepada orang lain. Seterusnya, unit unit individu lelaki dan perempuan yang memiliki ciri ciri ini, kita akan satukan mereka melalui pembentukan rumahtangga muslim. Rumahtangga muslim yang dibina ini menjadi paksi kepada pembentukan anak anak serta pemuda pemuda yang akan mewarisi tugas dan agenda daawah ibu bapa mereka.
Seterusnya, gabungan gabungan daripada keluarga muslim ini tadi, kita akan wujudkan pula satu masyarakat muslim di mana setiap unit masyarakat muslim ini memiliki ciri ciri yang disebutkan di atas tadi. Dengan berpaksikan masyarakat Islam ini tadi, kita akan tubuhkan pula sebuah kerajaan Islam yang benar benar mempraktikkan Islam. Kita akan pastikan bahawa kerajaan ini adalah bertunjangkan hanya iman dan hanya bertauhidkan kepada Allah swt serta tidak mempunyai sebarang pencampuran antara unsur unsur Islam dan unsur bukan Islam kerana yang haq dan yang batil itu tidak boleh dicampur adukkan.
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

Setelah terbentuknya kerajaan Islam, kita mahu membina pula daulah Islam. Daulah Islam ini terbentuk daripada persekutuan kerajaan Islam yang telah dibentuk itu tadi. Daulah Islam ini dibina atas dasar kepercayaan serta keimanan terhadap manhaj serta fikrah yang sama. Daulah Islam ini akan menafikan unsur unsur perkauman, materialistik serta penghambaan sesama manusia dan hanya berIlahkan serta berhukumkan dengan hukum Allah swt. Sempadan geografinya bukan lagi dibatasi oleh warna kulit atau perbezaan bahasa tetapi disempadani oleh perbezaan aqidah dan keimanan. Sesudah terbentuknya daulah Islam ini tadi, kita akan meluaskan pula kekuasaan Islam ini kepada kawasan luar dari tanah air Islam. Kita akan meluaskan empayar Islam seluas luasnya sehingga tiada manusia yang tidak pernah mendengar tentang ajaran Islam yang sebenarnya.
Kita akan kibarkan panji Islam seperti mana umat terdahulu menyebarkan Islam sehingga tertawannya Bandar Bandar tamadun yang besar seperti Parsi, Sepanyol dan Kota Konstantinopal. Pada ketika setiap penduduk bumi sudah patuh dan tunduk kepada kalimah tauhid La Ila Ha Ilallah inilah, maka sebenarnya misi utama Islam diturunkan di bumi ini telah tercapai. Islam pada ketika itu sudah menjadi world order ataupun ustaziatul alam. Islam pada ketika itu bukan lagi seperti Islam yang berlaku ketika ini, dipijak, dicaci, dihina serta dicemuh. Inilah perjuangan kita yang sebenarnya iaitu perjuangan menundukkan seluruh manusia di muka bumi ini kepada hanya kekuasaan Allah swt.
Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.
(Al Baqarah : 193)
Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.
(Al Anbiya’ : 10
Oleh yang demikian, perjalanan yang harus ditempuhi bukanlah hanya mengambil masa sehari dua atau setahun dua. Ia memerlukan seluruh masa kehidupan kita. Malah, kita juga mungkin tidak akan sempat melihat sehingga Islam menjadi world order di dalam kehidupan kita. Namun, haruslah diingati, bukan natijah yang dikejar kerana kita hanya mampu berusaha sehabis daya. Hanya Dia yang Maha Kuasa yang akan menentukan masa kemenangan yang kita akan perolehi. Segalanya adalah milikNya. Oleh yang demikian, ayuhlah pemuda sekalian! Bangunlah dari masa tidurmu kerana umat Islam ketika ini sangat memerlukan tenaga kita. Siapa lagi yang akan memikul beban ini kalau bukan kita pemuda Islam? Sanggupkah anda terus melihat umat Islam ketika ini terus dihina dan dicemuh, diperlakukan dengan penuh kehinaan? Sedangkan apa yang perlu kita lakukan bukanlah dengan mengangkat senjata ke medan perang tetapi hanyalah dengan melakukan perubahan terhadap diri kita sendiri. Sedangkan apa yang perlu kita lakukan hanyalah dengan kita menyediakan diri kita untuk ditarbiyyah serta mentarbiyyah. Itu sahaja. Mudahkan? Kita semua mampu melakukannya! !…




salam wrh wbt,
suatu tazkirah yg sgt2 best..
… in a language that is very much simple to be understood
semoga kiter sentiasa thabat di atas jalan-Nya insha Allah
doa semoga kita semua thabat di jalan ini..semoga Allah terus memberikan hidayah kepada kita utk memperjuangkan Islam..islam yg seperti mana yang seharusnya difahami…
eh adam…biler boleh jumper nih? lamer x jumper enta…
Saje nak tinggalkan komen sbb ade te ada tinggalkan komen kat sini.. hehe
Saje nak balas komen jue sebab jue ader tinggalkan komen di sini..hehe
Assalamualaikum,
A good vision and hope on Islamic State.
Tapi dari segi konteks Malaysia, praktikalitinya bagaimana mahu membina daulah Islamiyyah serta bagaimana untuk bukan Islam menerimanya?
wkmslm wan…
jawapan mudah yang penulis mampu berikan adalah melalui usaha tarbiyyah dan teruskan mentarbiyyah…
usaha tarbiyyah membina muslim…membina manusia yang muslim dahulu sehingga menyentuh yang bukan muslim…membina dan mengumpul syarat kemenangan terlebih dahulu sebelum Allah memberi kemenangan…
sila analyse dan banding kisah penubuhan negara islam Madinah dan Mekah…kisah kemenangan Hamas di Palestine..kejayaan Ikhwanul Muslimin di mesir…pastinya terdapat persamaan antara semua ini…
jawapan yang lebih detail dan penerangan yang lebih panjang lebar diperlukan utk mengulas persoalan ini…hubungi penulis secara personal ok? =)