
LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.
Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.
Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.
Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu. Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.
Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi. Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan dirinya sebagai ‘pelajar bijak dan seksi’ yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.
Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih gemarkan ‘lelaki tua yang budiman’. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ‘‘Sesuatu yang sungguh menyedihkan.’’
“Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal,” kata bekas rakannya lagi.
Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.
Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’.
Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.
Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.
Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana.
Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun.
www.utusan.com.my
renung-renungkan lah~~~
Tulisan artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel
kekadang kita membaca cerita orang lain seolah-olah jauh sahaja dari realiti hidup kita sehari-hari. rupa-rupanya yang diceritakan itu ada di sekitar kita…mungkin juga jiran kita?
moga Allah bagi kekuatan dan kebaikan buat keluarganya dan dirinya.
sama2 la kita doakn buat saudara kita ni..mudah2an pemiliknya membuka hati saudara kita ni utk blk ke pangkal jln..dont hate her..pray for her..its d least we can do..
Selamatkan sufiah. kerajaan malaysia do something!!!!!
selamatkanlah juga yang lain… banyak lagi case seumpama ini di Malaysia… contoh pun dah ada… erm… dulu pernah ada case seorang student di T yang tiap2 hujung minggu fly to KL… dan balik pada malam Isnin sebelum sesi persekolahan bermula… Ibu bapa senyap saja sebab dapat imbuhan dari anak itu… Hmmm… Musykil tapi benar… (sumber: kaunselor sekolah)… malas lah nak cerita… TC!
some kind of explanation of what’s really happened….
http://hyusof.com/
jzkk to cik semutkecil for the sufiah’s family website..insya Allah boleh diclarifykan certain news yg kite hanya dengar from media …
yup,seringkali kite hanya dengar berita2 sebegini tapi kita hanya memandang dari jauh sahaja…kita rasakan kite mmg tak akan jadi macam tu..tapi apa2 pun, Allah is the best of planners (3:54) ..iA kite truskan berdoa utk Sufiah dan umat muslimin muslimat agar iman kite sume terpelihara…benar, masih byk lagi manusia yg kini terperangkap dgn keindahan dunia..macam cik Deen cakap, kita dapat tgk sendri di Malaysia..so this reality case acts as a reminder for me, a reminder for all of us.. that kita now dah tak boleh hanya berdiam diri sahaja…
hati ini mmg mudah berbolak balik kan?
bak kata Al Ghazali : “”Never have I dealt with anything more difficult than my own soul, which sometimes help me and sometimes opposes me”
amalkan Muhasabah ..sentiasalah bertaubat dan beristighfar..alwaz berpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran…
insya Allah, we may cling on this road to Allah