.:: Mahkamah Tinggi Syariah Benarkan Permohonan Siti Fatimah Tan ::.
May 9, 2008 by DurratulHikmah
Siti Fatimah Tan (Mualaf) dibenar keluar Islam- Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah P. Pinang itu adalah kes pertama di negara ini
Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS
PULAU PINANG 8 Mei - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).
Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini.
Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, memutuskan demikian setelah mendapati plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.
Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu.
Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah.
Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang.
Siti Fatimah yang dilihat berbaju merah jambu dan berskirt hitam diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Jailani Abdul Ghani.
Pada 10 Julai 2006, wanita itu memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan.
Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.
Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.
Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.
Dalam pada itu, sebelum mengumumkan keputusan, Hakim Othman kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf.
‘‘Sepatutnya MAIPP perlu menyelia dan membimbing golongan yang baru masuk Islam.
‘‘Kalau tidak buat macam itu, dikhuatiri akan wujud lebih banyak kes-kes sebegini,’’ katanya.
Tambahnya, murtad boleh berlaku berlandaskan tiga perkara iaitu melalui perbuatan, pertuturan dan iktikad yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Peguam syarie yang mewakili MAIPP, Ahmad Munawir Abdul Aziz memaklumkan kepada hakim bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang.
Sumber: www.utusan malaysia.com.my
p/s: Renung2kanlah~~ baru sahaja kita dikejutkan dgn kejutan short film FITNA, kes Sufiah Yusof, Lina Joy etc, kini bertambah lagi kes2 sebegini..semakin byk kes2 sebegini di Malaysia yang mendapat perhatian mahkamah plus liputan media yang meluas bukan sahaja media Malaysia malahan luar negara ..belum lagi dikira yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara..(Mufti Perak ~~ 100,000 orang)..bahkan wanita MUALAF ini tidak dibimbing utk mengenali ajaran Islam tatkala mula baru memeluk Islam… …seharusnya,kita semua mula berfikir apakah PUNCA bg semua permasalahan ini?
adakah kita hanya mampu melihat sahaja? apa pula pendapat anda??apa TINDAKAN kita seterusnya??
MARI SAMA2 RENUNGKAN~~~
Sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Muslim yg ada sekarang sentiasa dalam agama Allah dan dilindungi Allah hendaknya..ameen~~
Assalamualaikum…
Saya baru shaja mendengar video penjelasan kes oleh ustaz yang bertanggungjawab menjadi peguam bela bagi Siti Fatimah Tan Abdullah. Secara terperinci, saya tidak tahu. Tapi, berdasarkan penjelasannya, saya merasakan kes ini lebih berkaitan tentang menentukan status agama, bukan memberi kebenaran murtad atau tidak. Jadi, supaya tidak menimbulkan salah faham, saya cdgkan agar tajuk post ini ditukar. Itu hanya cdgn.
http://www.youtube.com/watch?v=echaEOz0OrU dan http://www.youtube.com/watch?v=Axt5CLbPb04&feature=related
wsalam..
jzkk for cadangan saudara..
ye,saya ada juga ade dapat link video penjelasan tu tapi masih belum berkesempatan utk melihatnya lagi atas kekangan masa..insya Allah,akan watch this video..
berikut is the link for the video:
http://www.youtube.com/watch?v=echaEOz0OrU&feature=related
InsyaAllah,kite dpt luangkan sikit masa utk tgk video tak sampai 15mins nie..and if sape2 ade pandangan,amatlah dialu2kan…
maaf,jika tajuk post ini telah mengundang salah faham,saya dapat from utusan malaysia..
insya Allah saya akan menukarnya..bagi elakkan sebrg kekeliruan..
jzkk again for the comment..
ermmmm….
islam dipermainkan…..lagi? =(
http://drmaza.com/?p=289#more-289