Assalammualaikum
Detik-detik Ramadhan kian berlalu.. aidil fitri bakal menjelang…sambutan hari kemenangan untuk Umat Islam.
Menang di dalam Seerah Rasulullah: menang perang Badar.. Perang yang menguji para muhajirin dan ansar.. Bertuahlah para sahabat yang menyertai perang Badar , Allah berikan keampunan kepada ahli Badar sepanjang hayat mereka (sumber : Raheeq makhtum). Keampunan Allah, sesuatu yang diidamkan oleh setiap insan.
Kita pula menyambut kemenangan sempena apa?
Semoga kemenangan yang kita sambut adalah kemenangan kerana kita berjaya mengimarahkan Ramadhan dan semoga Allah berikan kekuatan kepada kita agar amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan dapat kita sambung sehinggalah sampai Ramadhan tahun hadapan.
Like Bro Ali said ” Why can’t the way we treat each other through out Ramadhan be our normal lives?”
Jadi tahun ni di manakah kita akan bersolat sunat aidilfitri?
PPMC telah mengumumkan Solat sunat di Aula Maxima (di Quadrangle) bermula pukul 8 pagi.
Tetapi anda tahukah di mana komuniti Islam Cork yang lain akan bersolat? Masjid Cork telah mengumumkan solat sunat aidilfitri akan diadakan di Supernova Entertainment Centre di Ballincollig. Pelik tak kenapa kita tak buat di masjid kita sendiri? Kenapa kita perlu bersusah payah mencari tempat lain untuk Eid prayer?
Sebabnya, sepanjang bulan Ramadhan ni jiran tetangga di sekitar masjid Cork tidak senang hati melihat masjid Cork begitu sibuk sekali i.e begitu meriah dan ramai sekali pengunjung (sumber : Cork Mosque) sehingga 2 kali Garda dipanggil. Dan disebabkan kita tidak mahu dihalau lagi, pihak masjid telah berpakat untuk mengadakan Eid prayer di Ballincolig.
Sedih. Masjid Cork memang amat-amat memerlukan satu tempat yang dimiliki sepenuhnya oleh umat Islam Cork sendiri. Nah, sementara Ramadhan masih lagi berbaki, marilah kita tambah saham lagi dengan menderma kepada pihak Masjid.
Nama Akaun: NEW CORK MOSQUE
NSC: 93-01-21
Nombor Akaun : 14234076
Akhir sekali, semoga Ramadhan yang bakal kita tinggalkan menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik dan semoga Aidifitri yang bakal kita sambut merupakan kemenangan untuk iman kita. Amin.
Sambutlah kemenangan kita dengan takbir membesarkan Allah, zikrullah dan hamdallah memuji Allah dan selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita; Nabi Muhammad S.A.W
Salam Aidilfitri. Salam kemenangan. Maaf zahir dan batin.

teringat kisah yg pnah diceritakan oleh seorg hamba Allah ttg kenalannya yg bertungkus lumus utk bekerja tetapi tidak memiliki aset berharga seperti rumah sendiri. rupa2nya hasil titik peluh itu diwakafkan utk membeli tanah utk pembinaan pusat asuhan islam (pasti). bila ditanya: dia menjawab: dia ingin membeli sebuah rumah di akhirat sebelum membeli rumah di dunia..
fikirkan..
salam aidilfitri
Nak share kat sini
[tak nak buat post baru]
Salam wbt perindu Ramadhan & penghidup malam2nya…
Alhamdulillah Yang menciptakan segala sesuatu. Yang menjadikan kebahagiaan bagi orang yang bertaqwa. Bersyukurlah kepada Allah, dan jangan pernah berhenti mensyukuri semua kenikmatan yang diberikanNya.
Ternyata, begitu cepat pergiliran hari dan malam itu. Begitu cepat berlalu satu bulan dan tahun. Itulah sifat dunia dan waktu saudaraku. Dunia ini cepat hilang, dan semakin dekat pada kehancurannya. Dunia ini tidak akan abadi dan tidak akan tetap. Inilah sunnatullah dalam seluruh ciptaanNya. Semuanya sudah ada ketetapan batas waktunya.
Tidak lama lagi, Ramadhan sebagai tetamu mulia kita, akan segera pergi meninggalkan kita. Sungguh sangat cepat sekali terasa waktu yang telah berlalu. Segala puji bagi Allah, segenap syukur kepada Allah atas nikmat dan semua kurnia yang telah diberikanNya. Ramadhan akan segera usai, dan akan tertutuplah semua kesempatan mahal yang selama ini terhampar di hadapan mata sepanjang satu bulan. Semakin teranglah siapa yang rugi & siapa pula yang beruntung. Allah SWT berfirman, “Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu” (Asy-Syams: 9-10)
Ramadhan akan pergi membawa amal-amal kita. Dia pergi membawa persaksian atas semua yang kita lakukan. Entah, perhatikanlah, apakah Ramadhan pergi dengan berbagai kebanggaan, pujian dan kebahagiaan amal kita. Atau, Ramadhan pergi dengan beragam kekecewaan, kesedihan dan kesia-siaan.
Saudaraku,
Kini tamu kita sudah bersiap untuk pergi. Padahal rasanya, baru kelmarin kita saling memberi ucapan selamat atas kedatangannya. Padahal rasanya, baru saja kita bersuka cita menyambut kehadirannya. Tapi hari ini, kita harus berpisah dan kita akan ditinggalkan Ramadhan dengan penuh haru dan air mata. Entah, apakah kita akan dipertemukan lagi oleh Allah SWT dengan Ramadhan? Atau, kita akan terpisah dan tidak akan berjumpa lagi dengan Ramadhan kerana terhalang oleh “yang menghancurkan semua kenikmatan?”
Salam untukmu wahai Ramadhan, whai bulan solat malam, wahai bulan Al-Quran, wahai bulan taubat dan keampunan.
Saudaraku,
Mari kita membuka lembaran amal kita bulan ini untuk muhasabah. evaluasi dan merenungi kesemuanya. Apa yang sudah kita lakukan selama satu bulan ini pada hari-hari kelmarin? Apakah pengaruhnya pada jiwa kita? Sejauh mana perubahan yang ada pada amal dan perilaku ketaatan kita?
Pertanyaan yang layak dilontarkan sekarang ialah: Apakah kita telah mengambil sebab-sebab yang menjadikan amal kita diterima bulan ini? Apakah kita bertekad untuk meneruskan amal-amal soleh setelah pemergiannya?
Saudaraku,
Jangan lupa teruskan amal-amal soleh itu setelah bulan Ramadhan. teruslah keluarkan infaq di jalan Allah. Teruslah melakukan qiamullail di hari-hari besok. Tetaplah jauhi apa yang Allah haramkan sejak hari ini. Jalinlah silaturrahim yang baik dengan orang yang kita kenal dan yang tidak kita kenal. Tetaplah berpuasa sunnah, dan yang paling dekat dengan kita adalah berpuasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan.
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan lalu diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, bererti dia seperti puasa sepanjang waktu.” (HR. Muslim)
Saudaraku,
Mari pejamkan mata. Tundukkanlah hati dan batin. Tenggelamkan semua perasaan kita di hadapan kemuliaan dan kuasa Allah yang tidak ada batasnya. Bicaralah pada diri sendiri saudaraku. Apa yang sudah kita lakukan dalam hari-hari kelmarin?
Ya Allah, hiburkanlah kedukaan kami dari perpisahan dengan bulan Ramadhan. Jadikanlah kebaikan amal kami itu ada pada akhir hidup kami, dan jadikanlah hari terbaik kami adalah pada saat kami bertemu denganMu. Maha suci Engkau ya Allah, dan dengan memujiMu kami bersaksi tiada Tuhan selain Engkau. Kami memohon ampunan dan kami bertaubat kepadaMU.
(Petikan dari buku Kubisikkan Untukmu; Renungan Mutiara Hati di Bulan Suci.)