“Biskut ni boleh beli tak Reen?” aku bertanya sambil mengangkat sebungkus biskut jenama Fox, menunjukkannya pada Azreen dan Liya yg berdiri lebih kurang 4 meter jauh dari ku.
“Hmm.. boleh rasanya.” Reen menjawab namun gayanya kurang pasti. “Nak pastikan bacalah belakang dia.” Azreen menyambung dgn cadangan supaya aku membaca catatan pada belakang bungkusan biskut tersebut. Sudah menjadi kebiasaan kami apabila berbelanja, berhati-hati agar tak terbeli barangan Israel atau jenama-jenama yang menyumbang kepada musuh Islam itu. Aku teringat lagi pesanan kakak usrah kami semasa kami tahun 2 di Ireland ini, “Bayangkan kalau kita beli sebotol Coca Cola tu seolah-olahnya kita sponsor sebutir peluru Israeli untuk menembus tubuh kanak-kanak saudara kita di Palestin sana. Dahlah kita hanya mampu doakan je diorang, itupun kita selalu lupa untuk doakan. Lepas tu tergamak ke agaknya nak sokong pulak si penjahat-penjahat tu membedil budak-budak tak berdosa tu? Kita pun geng penjahat jugak lah.”
Aku membaca khusyuk setiap catatan pada bungkusan biskut itu. Aku mahu pastikan ia bukan produk keluaran atau produk naungan Kraft, Danone, Nestle, Jacobs atau mana-mana jenama lain yang terkenal dengan kerjasamanya dgn Yahudi. Sayangnya aku tak bawa kad senarai Boycott Israeli. Maklumlah kami jarang sekali membeli barangan berjenama yang hebat-hebat ni. Makanan kami kerap beli di Aldi, atau pilihan kedua jenama Dunnes Store. Hehe murah, tapi kualiti boleh tahan juga.
“Ooo ada diskaun ke?” Azreen menyapa mengejutkan aku. Tanpa aku sedar dia sudah tercegat di hadapan ku. “Patutlah tanya. Tak pernah-pernah nak beli biskut camni.” sambung Azreen sambil tersenyum.
Aku hanya senyum kembali tak menjawab apa-apa. Aku melihat semula bungkusan biskut di tangan ku. 99sen. Memang murah. Kemudian melihat bungkusan-bungkusan biskut lain yang banyak di bahagian diskaun dekat situ. Aku pulangkan semula bungkusan tadi ke tempat asalnya. Bukan produk itu ‘tidak lulus’ untuk ku beli, cuma kata-kata Azreen buat aku terfikir dari sudut lain pula. Aku bertanya pada diri sendiri, mengapa aku mahu beli biskut ini? Benarkah aku hendak makannya atau hanya kerana melihat diskaun yang tercatat pada raknya lalu aku terfikir untuk membeli? Astaghfirullah, betapa mudahnya psikology ku terpedaya.
Kami teruskan urusan berbelanja. Setelah mendapatkan semua yang aku berhajat, aku berjalan mencari Azreen yang menolak troli sejak tadi. Dari satu barisan rak ke satu barisan rak aku lintasi sambil membawa barang-barang makanan dan keperluan harian yang ku peluk dekat dada ku. “Hah tu dia Reen.” kata hatiku.
“Sanex?” Aku tak faham. Beberapa botol tinggi sabun mandi Sanex berada dalam troli di hadapan Azreen. Tak mungkin Azreen yang beli. Kita semua tahu itu barang Israeli, dan tak mungkin Reen berubah keyakinannya terhadap kempen boikot ini. Aku lihat wajah Reen tawar saja. “Siapa beli?” aku bertanya untuk mendapat kepastian.
“Liya” jawab Azreen. Mukanya bosan. Seolah-olahnya dia sudah dapat agak apa yang bakal ku tanya selepas ini. “Dia memang dah lama kerap beli ni.” Azreen menerangkan padaku. Namun penerangan ini tetap tak dapat mengelakkan soalan ku yang mahu ku tanya.
“Bagitau dia tak Sanex ni Yahudi?” aku menyoal Azreen.
“Sejujurnya tak lah. Tapi Liya tu tau je rasanya.” Azreen menjawab. Mata ku terkebil-kebil. Aku masih sukar menerima botol-botol tinggi sabun mandi jenama musuh kami itu berada dalam troli kami. “Tapi kalau nak try bagitau dia boleh je kot.” Azreen menyambung lagi.
Aku meletakkan barang-barang di tanganku ke dalam troli dan segera mendapatkan Liya. Setelah mencari-cari beberapa ketika aku melihat Liya dekat rak makanan berkaling. Di tangannya dua botol sos bolognese.
“Weih makcik, udah udah lah tu. Jom bayar.” aku memanggilnya. “Ok ok dah siap.” Liya berjalan ke arah ku. Aku buat-buat melihat-lihat barang di atas rak di hadapan ku kemudian bertanya dengan nada santai, “Liya, hang ke beli Sanex tu?” “Haah.” jawabnya. Dia bagai tak rasa bersalah pun. Mungkin dia tak tahu Sanex sewajarnya kita boikot.
“Memang nak Sanex ke?” aku bertanya padanya. “Ha.” jawabnya ringkas.
Biar betul. Hatiku merasakan dia pasti tak tahu Sanex adalah barangan Yahudi. Kasihan dia, pasti bakal kecewa jika dapat tahu itu adalah jenama musuh.
“Memang nak Sa – nex?” aku mengulangi pertanyaanku dengan menekankan sebutan jenama Sanex itu. Mudah-mudahan dia merasa hairan dan bertanya kenapa.
“Ha.” jawabnya ringkas lagi. Nampaknya Liya betul-betul clueless!
“Liya, Sanex kan.. Cek Yah. I mean, Yahudi.” aku menjelaskan pada Liya.
“Ooo aku beli ni sebab ini yang ada offer diskaun.” kata Liya.
“Yeke. Erm.. tapi dia Yahudi Liya.” aku mengubah mimik wajah ku, mengharap Liya faham.
“Habis tu macam mana.. dah dia ni je yang ada offer.” Liya juga menukar mimik wajah innocent dan mengharap aku faham. Aku diam tak terkata lagi. Liya juga diam.
Harapan ku menghalang pembelian sabun Sanex itu gagal. Hampa sekali.. hampir-hampir aku menitiskan air mata menanggung kekecewaan ini. Aku diam tak berkata-kata sepanjang berada dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah. Aku tak sangka diskaun 40sen 50sen menjadikan kita sanggup bekerjasama dengan Yahudi sang penjahat itu. Pandai kita marah apabila membaca akhbar tentang mana-mana pemimpin negara islam seperti Mesir berjabat tangan bekerjasama dengan pemimpin Israel. Tapi hakikatnya, hampir tiap-tiap hari kerjasama berlaku antara kita sendiri dengan mereka. Sedar kah kita?

Seteguk Coca Cola tu ibarat Seteguk darah Palestin
(Baca macam iklan “Sebiji beras tu ibarat setitik peluh petani..”)