Assalamualaikum…
Segala puji untuk Allah atas segala kurniaanNya yang takkan mungkin habis ditulis walau selaut tinta diguna,walau berjuta entry ditulis.
Tahun 2008 menyaksikan kebobrokan sistem economy yang sedia ada yang mula tertonjol satu persatu dengan amat jelas. Ana bukanlah reti sangat nak cerita bab economy yang sungguh complicated ini so insyaAllah kali ni ana nak share sedikit satu video yg menarik dan informative untuk kite mempelajari serba sedikit tentang crisis economy yg melanda dunia sekarang ni. Harap bermanfaat.
p/s: may be lepas ni kene buat satu short course economy pulak…sape nak join???
nak!! memang bermanfaat kalau boleh ada kursus macam tu. especially dalam situasi economy dunia skrg yang dipegang oleh ‘manusia2′ dan ‘negara2′ tertentu. perlu ilmu sebegini utk educate kita dan masyarakat.
insyaAllah jika berkesempatan, kami akan cuba organise program berunsurkan ekonomi sebegini…
p/s jgn lupa dtg ek adil… kami akan jemput adil dari airport cork ni dgn meriahnya… hehehe…
salam ukhuwwah
terima kasih sudin. moga video ini bermanfaat. menarik bila tiba2 ada dari kalangan ahli gerakan Islam yang mengutarakan soal kegawatan ekonomi. moga belajar sistem ekonomi barat dan juga Islam. soal menegakkan negara Islam ini harus bertunjangkan aqidah yang bersih, bersumberkan ilmu dari kejayaan ulama menentang kesesatan aqidah, dan juga melihat pandang alam yang betul.
prioriti yang diletakkan oleh Imam Hassan Al-Banna cukup cantik sekali. saya percaya beliau mahu satu prioriti yang mudah dan ringkas difahami semua umat Islam. tetapi jangan kita terikat kepada kepompong kefahaman ini sahaja. kita dianugerahkan Allah akses dan akal yang baik untuk berfikir.
semoga pulang nanti bukan sahaja membawa roh Islam, tetapi membawa corak pemerintahan yang baik untuk masyarakat Islam dan negara Islam.
barulah gerakan Islam sejati. rujuk http://imakubex.blogspot.com/ yang tidak segan mengkritik kesilapan ISK. kita kan mahasiswa! berfikir dan menilai kesilapan sistem yang bukan bercahayakan Islam itu, dan mematangkan sistem yang ada.
salam perjuangan
nur asyhraff mohd noor