Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Current Issue’ Category

palestine

– KLIK FOTO DAN ZOOM IN –

Read Full Post »

“Biskut ni boleh beli tak Reen?” aku bertanya sambil mengangkat sebungkus biskut jenama Fox, menunjukkannya pada Azreen dan Liya yg berdiri lebih kurang 4 meter jauh dari ku.

coke1“Hmm.. boleh rasanya.” Reen menjawab namun gayanya kurang pasti. “Nak pastikan bacalah belakang dia.” Azreen menyambung dgn cadangan supaya aku membaca catatan pada belakang bungkusan biskut tersebut. Sudah menjadi kebiasaan kami apabila berbelanja, berhati-hati agar tak terbeli barangan Israel atau jenama-jenama yang menyumbang kepada musuh Islam itu. Aku teringat lagi pesanan kakak usrah kami semasa kami tahun 2 di Ireland ini, “Bayangkan kalau kita beli sebotol Coca Cola tu seolah-olahnya kita sponsor sebutir peluru Israeli untuk menembus tubuh kanak-kanak saudara kita di Palestin sana. Dahlah kita hanya mampu doakan je diorang, itupun kita selalu lupa untuk doakan. Lepas tu tergamak ke agaknya nak sokong pulak si penjahat-penjahat tu membedil budak-budak tak berdosa tu? Kita pun geng penjahat jugak lah.”
(more…)

Read Full Post »

Assalammualaikum warahmatullah

waah berhabuk website nie! tak der updates atau comments. Warga pelajar Cork dah pulang ke Malaysia ye? Semoga semua gembira berjumpa ahli keluarga dan teman taulan. Tahniah kepada pelajar-pelajar Final year yang ramai lepas dengan cemerlang. Tahniah juga kepada semua yang telah mendapat result. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa – Autumn Paper adalah satu peluang lagi. Selagi boleh berusaha jangan putus asa ya! Rezeki kita masing-masing dah ditentukan Allah, lain orang lain rezeki dia. Saya pasti warga Cork yang lain sediakan memberikan bantuan – tutorials, buku rujukan, nota, bank soalan @ jawapan, peneman di Cork, pemberi semangat, ape saje- kalau diapproach. This is the best thing I like about Cork, semua pun sedia nak berikan bantuan bila-bila masa.

Oh ye nak cerita asal-usul website nie.

Asalnya tengah brainstorm macamana nak raise fund untuk Masjid Cork. Kita semua pun tahukan Masjid Crok perlukan fund yang sangat besar untuk tapak masjid yang baru. MSM Cork telah meng-offer diri untuk kutipan dari luar Cork ie dari masyarakat di luar Cork hatta orang Muslim atau orang bukan Muslim. Jadi bercadang untuk wujudkan satu website di mana orang luar boleh dapatkan maklumat tentang Masjid Cork. Tetapi masjid Cork sendiri dah mempunyai website sendiri tentang Cork Mosque. So, tujuan website ni adalah untuk fokus promosi secara hebat kepada penderma dari luar Cork. Tapi akhirnya bila difikir-fikirkan lebih baik jugalah website ni dijadikan tempat perkongsian ilmu untuk semua pembaca juga. Maka, jadilah wordpress nie!

Bila mula-mula sampai Cork 5 tahun dahulu, dapat tahu rumahdi Glasheen road yang disewakan oleh Mr Bell kepada Fida & (ex)housemates merupakan bekas Masjid, owh sangat luas rumah tu, selalu dipilih menjadi tempat gathering Girlscork untuk usrah umum bulanan Girls dan aktiviti Helwa, warga Girlscork pada waktu taklah seramai sekarang, jadi setiap kali usrah umum pun ada pot-luck hehe merasalah berbagai bentuk pudding bread dan trifle, kemudian mulalah mencari senior untuk pinjam buku-buku atau mengadu exam susah hehe lebih kepada jumpa-jumpa dan bertanya khabar… Kak Ida, Kak Yuli dan kakak-kakak yang lain mesti lebih ingat kan. 

 Masjid tu berpindah ke Whare house yang terletak 10 minit dari LIDL, masih lagi ingat Masjid nie, rajin jugalah ke sana untuk berbuka puasa dan sambutan hari raya. Kemudian tahun 2008 berpindah pula ke wharehouse yang lebih jauh iaitu di SiteCast Industrial Estate. Mungkin saya rasa jauh sebab, yelah, takde kenderaan kan, kenalah berjalan kaki atau naik bas. Dan disebabkan tak tahu bas mana yang boleh access SiteCast Industrial Estate tu, sangat terasalah kejauhan Masjid baru tu. Kadang-kadang pakcik Cab pun tak sure kat manalah SiteCast industrial Estate tu. Sejak itu sudah sangat jarang menjejakkan kaki ke sana melainkan sangat-sangat perlu. Sedih, sedih. Alasan setiap kali berpindah pun adalah disebabkan jiran-jiran mengadu bising ataupun tak cukup parking space. Macamana tu? saya pun tak pasti.

Saya pasti ramai yang setuju bahawa Masjid Cork memerlukan satu lokasi yang permanent. Legally own by Cork’s Muslims. Tak mudah dihalau ke sana sini. Dan lokasi masjid itu, naturally, mesti satu tempat yang accessible. Setiap kali melawat UK, saya dapat lihat banyak pusat-pusat Islam yang dibangunkan oleh Local Muslims. Di Birmingham saja, setahu saya, ada 2 Masjid dan satu pusat Islam. Central Mosque London pun memang ramai yang tahu. Saya juga pernah melawat ke Aisha Mosque di Manchester. Dan bagi pembaca yang rajin melawat website Ustaz Hasrizal, pasti pernah baca pengalaman beliau di Belfast Islamic Centre. Mereka semua mempunyai satu tempat yang tetap untuk kegunaan local Muslims.

Masjid sepatutnya dijadikan pusat aktiviti kita kan. Di masjidlah kita boleh berkenalan dengan warga Muslim yang selain Malaysian. Ye, kita jumpa juga mereka di hospital. Tetapi di Masjidlah kita boleh duduk sama-sama bertukar khabar dan cerita. Masjid=neutral ground. Saya akui, saya juga bukanlah yang jenis ringan mulut berbual dengan mereka. Tapi, ramai di antara mereka sendiri yang rajin bertanya kepada kita, setiap kali ke masjid. Saya rasa ramai yang ada pengalaman begitu.

Read Full Post »

60 TAHUN NAKBAH PALESTIN (15 MEI 1948-15 MEI 2008 )

oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding Aman Palestin

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel
sejak 15hb Mei 1948 )

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi
sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar
prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah
Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah
diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Peristiwa ini
berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh
rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin
secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting
tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-
orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin
yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan
tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang
berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan
Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

PENCETUS PENUBUHAN NEGARA YAHUDI

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat
oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan
pengasas gerakan Zionis
di dalam gagasannya yang kemudiannya
dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896.
(more…)

Read Full Post »

Siti Fatimah Tan (Mualaf) dibenar keluar Islam- Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah P. Pinang itu adalah kes pertama di negara ini

Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS

PULAU PINANG 8 Mei – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).

Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini.

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, memutuskan demikian setelah mendapati plaintif (more…)

Read Full Post »

Three Palestinians – one working in healthcare, another working in education and another who is unemployed – discuss the effect of the embargo and fuel shortages on their lives in the Gaza Strip.

SOLAFA ODAH, 25, BEIT LAHIYA, GAZA

The blockade has affected everything.

Even people who are still earning are not able to buy basic food supplies because the prices are so high.

Last year a bottle of cooking gas cost 35 shekels ($10), now it costs about 150 shekels ($43). (more…)

Read Full Post »

Muslim scientists and clerics have called for the adoption of Mecca time to replace GMT, arguing that the Saudi city is the true centre of the Earth.

Mecca is the direction all Muslims face when they perform their daily prayers.

The call was issued at a conference held in the Gulf state of Qatar under the title: Mecca, the Centre of the Earth, Theory and Practice.

One geologist argued (more…)

Read Full Post »

Older Posts »