Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘What’s up?!’ Category

“Biskut ni boleh beli tak Reen?” aku bertanya sambil mengangkat sebungkus biskut jenama Fox, menunjukkannya pada Azreen dan Liya yg berdiri lebih kurang 4 meter jauh dari ku.

coke1“Hmm.. boleh rasanya.” Reen menjawab namun gayanya kurang pasti. “Nak pastikan bacalah belakang dia.” Azreen menyambung dgn cadangan supaya aku membaca catatan pada belakang bungkusan biskut tersebut. Sudah menjadi kebiasaan kami apabila berbelanja, berhati-hati agar tak terbeli barangan Israel atau jenama-jenama yang menyumbang kepada musuh Islam itu. Aku teringat lagi pesanan kakak usrah kami semasa kami tahun 2 di Ireland ini, “Bayangkan kalau kita beli sebotol Coca Cola tu seolah-olahnya kita sponsor sebutir peluru Israeli untuk menembus tubuh kanak-kanak saudara kita di Palestin sana. Dahlah kita hanya mampu doakan je diorang, itupun kita selalu lupa untuk doakan. Lepas tu tergamak ke agaknya nak sokong pulak si penjahat-penjahat tu membedil budak-budak tak berdosa tu? Kita pun geng penjahat jugak lah.”
(more…)

Advertisements

Read Full Post »

Assalammualaikum

Detik-detik Ramadhan kian berlalu.. aidil fitri bakal menjelang…sambutan hari kemenangan untuk Umat Islam.

Menang di dalam Seerah Rasulullah: menang perang Badar.. Perang yang menguji para muhajirin dan ansar.. Bertuahlah para sahabat yang menyertai perang Badar , Allah berikan keampunan kepada ahli Badar sepanjang hayat mereka (sumber : Raheeq makhtum). Keampunan Allah, sesuatu yang diidamkan oleh setiap insan.

Kita pula menyambut kemenangan sempena apa?

Semoga kemenangan yang kita sambut adalah kemenangan kerana kita berjaya mengimarahkan Ramadhan dan semoga Allah berikan kekuatan kepada kita agar amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan dapat kita sambung sehinggalah sampai Ramadhan tahun hadapan.

Like Bro Ali said ” Why can’t the way we treat each other through out Ramadhan be our normal lives?” 🙂

Ramadhanku – shaff-fix

Jadi tahun ni di manakah kita akan bersolat sunat aidilfitri?

PPMC telah mengumumkan Solat sunat di Aula Maxima (di Quadrangle) bermula pukul 8 pagi.

Tetapi anda tahukah di mana komuniti Islam Cork yang lain akan bersolat? Masjid Cork telah mengumumkan solat sunat aidilfitri akan diadakan di Supernova Entertainment Centre di Ballincollig. Pelik tak kenapa  kita tak buat di masjid kita sendiri? Kenapa kita perlu bersusah payah mencari tempat lain untuk Eid prayer?

Sebabnya, sepanjang bulan Ramadhan ni jiran tetangga di sekitar masjid Cork tidak senang hati melihat masjid Cork begitu sibuk sekali i.e begitu meriah dan  ramai sekali pengunjung (sumber : Cork Mosque) sehingga 2 kali Garda dipanggil. Dan disebabkan kita tidak mahu dihalau lagi, pihak masjid telah berpakat untuk mengadakan Eid prayer di Ballincolig.

Sedih. Masjid Cork memang amat-amat memerlukan satu tempat yang dimiliki sepenuhnya oleh umat Islam Cork sendiri. Nah, sementara Ramadhan masih lagi berbaki, marilah kita tambah saham lagi dengan menderma kepada pihak Masjid.

Nama Akaun:  NEW CORK MOSQUE
NSC: 93-01-21
Nombor Akaun : 14234076

Akhir sekali, semoga Ramadhan yang bakal kita tinggalkan menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik dan semoga Aidifitri yang bakal kita sambut merupakan kemenangan untuk iman kita. Amin.

Sambutlah kemenangan kita dengan takbir membesarkan Allah, zikrullah dan hamdallah memuji Allah dan selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita; Nabi Muhammad S.A.W

Salam Aidilfitri. Salam kemenangan. Maaf zahir dan batin.

Read Full Post »

From Fiqh Sunnah – Sayyid Sabiq

The night of qadr is the most virtuous night of the year. Allah says in the al-Quran : ‘We revealed it on the night of power [that is qadr]. What will tell you what the night of power is? It is better than a thousand months.”

Al-Bukhari and Muslim recorded form Abu Hurairah that the Prophet , upon whom be peace, said :“whoever prays during the night of Qadr in faith and hoping for its reward will have all his previous sins forgiven.”

As for the supplication during the night of qadr, Aishah R.A said : ‘I asked the Messenger of Allah: “ O Messenger of Allah, if I know what night is the night of qadr, what should I say during it?’ He said ‘ Say: o Allah, You are pardoning and You love to pardon, so pardon me’” This is related by Ahmad, Ibn Majah and by at-Tirmizhi, who called it sahih.

Read Full Post »

Assalammualaikum warahmatullah

waah berhabuk website nie! tak der updates atau comments. Warga pelajar Cork dah pulang ke Malaysia ye? Semoga semua gembira berjumpa ahli keluarga dan teman taulan. Tahniah kepada pelajar-pelajar Final year yang ramai lepas dengan cemerlang. Tahniah juga kepada semua yang telah mendapat result. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa – Autumn Paper adalah satu peluang lagi. Selagi boleh berusaha jangan putus asa ya! Rezeki kita masing-masing dah ditentukan Allah, lain orang lain rezeki dia. Saya pasti warga Cork yang lain sediakan memberikan bantuan – tutorials, buku rujukan, nota, bank soalan @ jawapan, peneman di Cork, pemberi semangat, ape saje- kalau diapproach. This is the best thing I like about Cork, semua pun sedia nak berikan bantuan bila-bila masa.

Oh ye nak cerita asal-usul website nie.

Asalnya tengah brainstorm macamana nak raise fund untuk Masjid Cork. Kita semua pun tahukan Masjid Crok perlukan fund yang sangat besar untuk tapak masjid yang baru. MSM Cork telah meng-offer diri untuk kutipan dari luar Cork ie dari masyarakat di luar Cork hatta orang Muslim atau orang bukan Muslim. Jadi bercadang untuk wujudkan satu website di mana orang luar boleh dapatkan maklumat tentang Masjid Cork. Tetapi masjid Cork sendiri dah mempunyai website sendiri tentang Cork Mosque. So, tujuan website ni adalah untuk fokus promosi secara hebat kepada penderma dari luar Cork. Tapi akhirnya bila difikir-fikirkan lebih baik jugalah website ni dijadikan tempat perkongsian ilmu untuk semua pembaca juga. Maka, jadilah wordpress nie!

Bila mula-mula sampai Cork 5 tahun dahulu, dapat tahu rumahdi Glasheen road yang disewakan oleh Mr Bell kepada Fida & (ex)housemates merupakan bekas Masjid, owh sangat luas rumah tu, selalu dipilih menjadi tempat gathering Girlscork untuk usrah umum bulanan Girls dan aktiviti Helwa, warga Girlscork pada waktu taklah seramai sekarang, jadi setiap kali usrah umum pun ada pot-luck hehe merasalah berbagai bentuk pudding bread dan trifle, kemudian mulalah mencari senior untuk pinjam buku-buku atau mengadu exam susah hehe lebih kepada jumpa-jumpa dan bertanya khabar… Kak Ida, Kak Yuli dan kakak-kakak yang lain mesti lebih ingat kan. 

 Masjid tu berpindah ke Whare house yang terletak 10 minit dari LIDL, masih lagi ingat Masjid nie, rajin jugalah ke sana untuk berbuka puasa dan sambutan hari raya. Kemudian tahun 2008 berpindah pula ke wharehouse yang lebih jauh iaitu di SiteCast Industrial Estate. Mungkin saya rasa jauh sebab, yelah, takde kenderaan kan, kenalah berjalan kaki atau naik bas. Dan disebabkan tak tahu bas mana yang boleh access SiteCast Industrial Estate tu, sangat terasalah kejauhan Masjid baru tu. Kadang-kadang pakcik Cab pun tak sure kat manalah SiteCast industrial Estate tu. Sejak itu sudah sangat jarang menjejakkan kaki ke sana melainkan sangat-sangat perlu. Sedih, sedih. Alasan setiap kali berpindah pun adalah disebabkan jiran-jiran mengadu bising ataupun tak cukup parking space. Macamana tu? saya pun tak pasti.

Saya pasti ramai yang setuju bahawa Masjid Cork memerlukan satu lokasi yang permanent. Legally own by Cork’s Muslims. Tak mudah dihalau ke sana sini. Dan lokasi masjid itu, naturally, mesti satu tempat yang accessible. Setiap kali melawat UK, saya dapat lihat banyak pusat-pusat Islam yang dibangunkan oleh Local Muslims. Di Birmingham saja, setahu saya, ada 2 Masjid dan satu pusat Islam. Central Mosque London pun memang ramai yang tahu. Saya juga pernah melawat ke Aisha Mosque di Manchester. Dan bagi pembaca yang rajin melawat website Ustaz Hasrizal, pasti pernah baca pengalaman beliau di Belfast Islamic Centre. Mereka semua mempunyai satu tempat yang tetap untuk kegunaan local Muslims.

Masjid sepatutnya dijadikan pusat aktiviti kita kan. Di masjidlah kita boleh berkenalan dengan warga Muslim yang selain Malaysian. Ye, kita jumpa juga mereka di hospital. Tetapi di Masjidlah kita boleh duduk sama-sama bertukar khabar dan cerita. Masjid=neutral ground. Saya akui, saya juga bukanlah yang jenis ringan mulut berbual dengan mereka. Tapi, ramai di antara mereka sendiri yang rajin bertanya kepada kita, setiap kali ke masjid. Saya rasa ramai yang ada pengalaman begitu.

Read Full Post »

60 TAHUN NAKBAH PALESTIN (15 MEI 1948-15 MEI 2008 )

oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding Aman Palestin

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel
sejak 15hb Mei 1948 )

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi
sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar
prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah
Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah
diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Peristiwa ini
berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh
rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin
secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting
tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-
orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin
yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan
tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang
berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan
Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

PENCETUS PENUBUHAN NEGARA YAHUDI

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat
oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan
pengasas gerakan Zionis
di dalam gagasannya yang kemudiannya
dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896.
(more…)

Read Full Post »

“the power of patience, and the fire of hope must burn in the hearts of the wise.”

Bismillah ar-rahman ar-rahim

Kisah Nabi Yusuf disemadikan di dalam surah yang kedua belas. Allah berfirman bahawa kisah ini merupakan kisah yang terbaik yang Allah kurniakan (ayat 3) .

Surah ni selalu jadi surah pilihan surah tadabbur bila berjalan-jalan. Duduklah di airport, bus station atau di dalam flight, surah yang hanya 111 ayat, selalu menjadi pilihan selain surah al-kahfi. Pernah surah ini menjadi homework usrah. (more…)

Read Full Post »

nabi muhammad s.a.w

PERUTUSAN MAULUD NABI

Majlis Syura Muslimun
12 Rabiul Awal 1429H

Assalamualaikum wbt,

Maulud Nabi menjelma lagi buat ke sekian kalinya. 12 Rabiul Awal merupakan tarikh keramat kepada umat Islam di serata dunia yang menandakan hari lahir Rasul terakhir yang membawa risalah keimanan iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »