MSM atau Majlis Syura Muslimun adalah merupakan salah satu badan dakwah di United Kingdom dan Ireland. Bermotokan slogan “Membina Syakhsiah Muslim”, MSM beraspirasi membentuk individu Muslim itu menjadi muslim sejati yang sahih Ibadahnya, sejahtera akidahnya dan sempurna akhlaknya. MSM mengambil methodologi dakwah yang ditunjukkan Rasullulah saw dan mengaplikasikan dalam konteks dakwah semasa. MSM menumpukan usaha dakwah kepada pelajar Muslim Malaysia dan usaha membentuk individu-individu yang soleh (baik) dan Musleh (membaikkan/turut berdakwah).
Analogi pemancar radio :
Anologi objektif penubuhan MSM adalah seperti menara isyarat radio yang menjadi perantaran di antara penyampai dan penerima akhirnya (end receiver). MSM beraspirasi menjadi ‘salah satu menara kepada hidayah Allah swt’ untuk disampaikan kepada manusia seluruhnya. Cuma berbanding dengan anologi di atas, apa yang hendak di sampaikan oleh MSM adalah Islam itu sendiri dalam maksud yang sepatutnya di fahami dan di amalkan.
————————————————-
MSM..mesra namamu di hati..=)