Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Bedah Buku’ Category

17

Jika kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu tibanya petang hari. Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, bahkan bukan juga esok hari yang belum tentu hujung pangkalnya. Inilah saat yang mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda. INILAH HARI ANDA.

Umur anda mungkin hanya tinggal hari ini sahaja. Maka (more…)

Read Full Post »

Assalammualaikum warahmatullah. InsyaAllah, tidak lama lagi semua warga pelajar atau yang mengembara di luar negara khususnya UK, Ireland, Russia, France, US, Germany, Poland bakal pulang menikmati cuti “summer” (hanya selepas “summer exam” ). Seperti lazimnya, “cuti summer” semestinya meriah 🙂 , meriah dengan jemputan walimah di sana sini. Alhamdulilah, Negeri Cork tidak kurang hebatnya, tidak mahu kalah dengan rekod tahun-tahun yang lepas :). InsyaAllah, bagi yang bakal menjejaki alam baru dengan tanggungjawab dan pengalaman yang lebih unik, selamat bersedia dan menyediakan diri insyaAllah. Di sini, pihak Majlis Syura Muslimun Cork ingin membekalkan sedikit bahan yang insyaAllah bermanfaat untuk si puteri yang bakal bergelar isteri. (more…)

Read Full Post »

knowledge tree

3.Mencari ilmu dan memperluaskan wawasan.

Ini adalah sarana yang penting kerana bagaimana hendak membina diri jika tidak tahu hal halal, haram, kebenaran, kebatilan, manhaj dan sarana yang benar atau yang salah?

Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab: Ketahuilah mencari ilmu itu wajib dan menyembuhkan hati yang sakit. Yang paling penting bagi seseorang ialah dia tahu tentang agamanya. Sebab, mengetahui dan mengamalkannya itu jalan ke syurga. (more…)

Read Full Post »

a_matter_of_time__by_canisloopus.jpg

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh (more…)

Read Full Post »

2. TAUBAT DARI SEGALA DOSA

Sarana kedua yang dicadangkan oleh penulis (Abdullah bin Abdul Aziz Al-Aidan) adalah agar kita bertaubat dari segala dosa. Setelah bermuhasabah, kita melakukan pembersihan sebelum pengisian. Bertaubat dari segala maksiat, aib, dan ketidaksempurnaan dari segi pemikiran, akhlak dan amal. Serta merasakan sangat memerlukan Allah, dekat denganNya dan keredhaanNya.

(more…)

Read Full Post »

latahzan.jpg

Apabila laut bergelombang; ombak bergelora; dan angin bertiup kencang; semua penumpang kapal berteriak: “Ya Allah”.

Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir; kenderaan menyimpang jauh dari laluannya; dan para kafilah merasa kebingungan (more…)

Read Full Post »

(sambungan …)

Assalammualaikum wrt

InsyaAllah kita akan sambung sessi bedah buku: Tarbiyyah Dzatiyah yang ditulis oleh Abdullah bin Abdul Aziz Al-Aidan. Semoga pembaca dapat menghayati excerpt dari buku ini. (more…)

Read Full Post »

gambar bukuOleh: Abdullah bin Abdul Aziz Al-Aidan

gambar bukuBuku ini diterjermah oleh Fadhli Bahri.

Dalam kata-kata pengantar penerbit, kita diajak berfikir bagaimanakah para sahabat mampu menjadi insan-insan yang hebat serta mampu menampilkan kelebihan masing-masing yang tersendiri? Padahal guru mereka sama i.e Rasulullah s.a.w dan Islam yang diajarkan juga sama? Sekiranya dibandingkan timbangan antara iman Abu Bakar r.a dengan iman umat secara seluruhnya, iman Abu Bakar r.a lebih berat; Umar r.a yang gagah sehingga syaitan tidak berani mendekatinya dan Al-Abbas r.a dalam usia yang muda menjadi ‘orang rujukan’ para sahabat yang lebih senior. (more…)

Read Full Post »