Apakah yang anda lakukan sekiranya sedang anda berjalan jalan di taman, tiba tiba anda tersepak sebuah beg yang dalamnya terisi wang berjumlah 10000 euro? Anda mungkin terkejut, terpesona dengan jumlahnya. Anda mungkin juga akan mula berangan angan dan merancang bagaimana anda mahu habiskan wang 10 000 euro nih (tlg jgn bacer dgn pemikiran yang sungguh skema..iaitu nak hantar duit tuh pergi balai polis…heheh)..Anda mungkin mahu habiskan wang 10 000 itu dengan melancong, membeli rumah, berkahwin dan sebagainya.
Sekarang, saya nak membawa anda kepada situasi ke 2 pula. Bayangkan diri anda seorang Tasaday (huhuh) yang tak pernah keluar dari hutan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Menjalankan kehidupan yang sungguh “mesra alam”. Makanan anda hanyalah pucuk daun. Anda mandi dengan air sungai. Batang pokok jati adalah tiang rumah anda. Atap pula daun daun rembunan yang berwarna hijau. Lantai pula tanah liat..ya mungkin juga batu batuan atau tanah marah hutan belantara. Sekolah anda, sekolah bersama sang beruk dan unggas unggas di hutan. Bayangkan kehidupan anda yang sedemikian. Anda tidak pernah kenal tamadun. Anda tidak pernah kenal ekonomi. Anda tidak pernah tahu apa itu duit. Tiada televisi, internet mahupun telefon. Pendek kata, anda memang tidak pernah mengenali dunia moden serba canggih ini.
Cuba anda bayangkan, dalam keadaan anda yang sedemikian, pada suatu hari yang dingin sedang anda duduk beristirehat di tepi kolam mandi rumah banglo anda (actually, sungai dalam hutan di tepi rumah anda di atas pokok), tiba tiba sebuah beg jatuh di hadapan anda dari langit. Terkesima dan hairan, anda membukanya dengan penuh hati hati. Sebaik sahaja beg itu terbuka anda melihat banyak kepingan persis mirip daun. Tetapi apa yang memelikkan anda adalah, kepingan2 persis ala daun ini tidak berwarna hijau. Bahkan, bercorak corak pulak tuh. Ada yang corak merah dengan gambar seorang tua di atas nya. Dan banyak pula tuh. Serupa sahaja semuanya. Anda semakin pelik. “daun” pokok apakah ini? Tidak pernah seumur hidup anda menjumpai mana mana pokok yang mempunyai daun merah dan di atas daun tersebut ada gambar seorang manusia persis mirip wajah anda yang kacak itu..(hehe). Semakin pelik bila dilihat di atas “daun” tadi anda melihat banyak tanda tanda garisan persis cakaran sang harimau di atasnya. Tetapi bentuk cakarannya pelik sekali. Ia bertanda seperti ini 100. Cakaran ini berada di semua kepingan “daun” itu.
Apakah ianya ini? Anda mula berfikir. Seterusnya, anda terus berfikir. Dan anda terus berfikir. Berfikir lagi dan berfikir. Namun, masih tidak ketemui jawabannya. Lantas, anda pun membuat kesimpulan mudah. Ini mungkin hanyalah daun biasa sahaja. Tidak mempunyai nilai apa apa. Lantas, anda mendapat idea untuk menggunakan kepingan “daun” itu tadi sebagai bahan untuk anda menyalakan api. Maklumlah, daun daun di pokok semuanya telah basah. Hujan lebat semalam. Jadi, anda pun ambil kepingan2 daun itu tadi dan nyalakan api keatasnya. Habis kesemuanya anda bakar……….
soalan teka teki nyer adalah..hehe..apakah bezenyer anda dlm situasi satu dengan anda dalam situasi 2..aperkah yang menyebabkan anda dalam situasi ke 2 membakar kepingan “daun” tersebut manakala “anda” dalam situasi 1 berangan berangan nak beli itu dan ini dengan kepingan “daun” yang sama? (hint hint)..
jawab dek jangan tak jawab..=P..
knowledge/ilmu. betul ke? (harap2 betul haha)
Macam soalan SPM jer teka teki di atas nie… Ia lebih kurang macam nie laa… Cuma tambah sikit… apa yang membezakan kita dengan orang Tasaday????
nota kaki tangan: ini cth soalan trial SPM MRSM
Orang Tasaday yang ditemui di Filipina, membuat pakaian mereka daripada akar dan daun-daun orkid, mereka tidak mempunyai tulisan atau sebarang sistem untuk mengetahui masa atau mengira.
Mengapakah orang Tasaday terpisah daripada kehidupan moden dan dunia luar?
A Bilangan mereka amat kecil jumlahnya iaitu seramai 24 orang sahaja
B Mereka berpegang teguh kepada amalan dan pesanan nenek moyang mereka
C Mereka bermimpi bahawa sesiapa yang meninggalkan gua itu akan ditimpa malapetaka
D Mereka lebih selesa tinggal di gua-gua daripada menghadapi cabaran kehidupan moden
hehe ameen..jawabannyer..jeng jeng jeng..tunggu next friday insyaAllah..after xm..
alamak deen…tambah soalan cepumas lagi ke? hehe..x per2..jwb soalan teka teku dulu..kemudian kita jwb soklan deen plak yek.. =)
apsal dlm beg tu ada kepingan daun, tapi bukan duit??? susahlah nak compare situasi 1 dan situasi 2… tak balance… 😦
kepingan daun tue ialah duit la haidir. ia perumpamaan sajer. orang Tasaday kan lebih kenal daun dari duit. penggunaan bahasa mengikut situasi la nie.
zulkiflizahir: tak yah jawab la soalan deen. tu cuma cth shj. SPM 1996. ker ada hint di situ?
tq deen tlg explain..aiseh haidir nih..sudah gaharu cendana pula..sudah tahu bertanya pula.. =)
kalau orang moscow jawab betul, nanti hadiah akan dihantarkan ke sini kan?
dah tau dah…. jeng jeng jeng…
ana rase la..sbb org tu xsempat nak berkenalan dgn org dalam gambar duit tu..haha…sbb tu org tu xtahu tu duet euro..btol x???ni secara kasar la..tp secara ilmiah,ana rasa duit tu xder makne pon dlam idup org tasaday tu..kalau dia tahu pun tu duit,dia nak beli ape??beli pisang ngan monyet2 di hutan???haha..so duit tu xder makne bg org tu..tp kalaula yg jatuh tu buah2 yg sedap sehingga menjilat jari,tentu dia akan sgt syg ngan buah2 tu sehingga nak kasi kat monyet2 pun dia akan kedekut kan..
afiqawe : jemputlah singgah cork..barulah blh bagi hadiah..=P
bali : hehe..bali..siler2 teka lagi
teka teki teka teku..apa ada balik pintu? =)
saya rasa kefahaman kita terhadap nilai sesuatu benda itu.Dan sprti kata saudara ameen,ia berpunca drpd knowledge/ilmu sseorg tersebut.
Sbgaimana orang yang tidak memahami nilai kalimah syahadah itu atau kitabullah itu sendiri.Kita mengucap, kita membaca al-Quran, tapi kita masih tak embrace Islam sepenuhnya..Kita masih kurang berjaya mendaulatkan Islam dgn memikul peranan kita sbgi khalifah+abid.Jadi kita tak rasa terkesan sgt dgn ada atau tiadanya bende itu.
Sekiranya kita betul2 paham bahawa khalimah syahadah itulah pintu kita menuju ke syurga dan al-Quran itu sbgi manual utk kita memainkan peranan kita sbgi makhluk Allah yang berjaya, mesti kita betul2 peluk dan genggam 2-2 perkara itu.Dan mula kembangkan nilai tersebut dgn menyebarkan kepada orang lain.hehe..panjang dah tulis nih.betul tak jwpn tuh?At least bagi markah kesian ah sbb saya dah bagi jawapan dgn huraian yang panjang.:)
aperkah yang menyebabkan anda dalam situasi ke 2 membakar kepingan “daun” tersebut?
apabila sesuatu benda itu kita lihat tanpa nilai/penghayatan, kita akan mensia-siakannya dan mempermain-mainkannya kerana bagi kita apalah sangat benda itu berbanding dengan apa yang kita telah ada di sekeliling ini. jadi kita mengabaikannya dengan tidak rasa kesal.
mengapa “anda” dalam situasi 1 berangan berangan nak beli itu dan ini dengan kepingan “daun” yang sama?
apabila kita tahu nilai sesuatu benda itu, kita akan bersifat lebih menghargai dan menghayati benda itu kerana kita tahu ia amat berharga dan boleh membantu kita ke arah kesenangan.
walau bagaimanapun, dalam kes ini kita tidak boleh mengambil benda yang sememangnya bukan hak kita (pemikiran skema kata zulkiflizahir). ya, memang akan ada orang yang berfikir bahawa tiada sesiapa pun di muka bumi ini yang akan tahu tentangnya jika kita ambil senyap-senyap dan belanja sewenang-wenangnya sedangkan kita lupa ada kuasa besar yang sedang memerhati kita.
apakah bezenyer anda dlm situasi satu dengan anda dalam situasi 2?
situasi 1: terlalu terdedah dengan elemen keduniaan yang bertamadunkan Euro sehingga lupa kehidupan yang seterusnya dan yang penting dapat merajai nikmat yang bersifat sementara
situasi 2: terlalu terpinggir dengan elemen keduniaan dan jauh sekali dengan ketamadunan sehingga kelihatan seperti orang yang tidak tahu apa-apa dan yang penting hidup dapat diteruskan jua seperti biasa.
nota kaki tangan: maaf, macam jawab esei pula =)
kepada ainul dan deen,
jawapan yang mantap..harus di huraikan lagi..
kepada yang lain,
teruskan berteka teki teka teku..penulis kena “berpuasa” dari menjawab sebarang komen…ader xm lah katerkan..
teka teki teka teku..apa ada balik pintu?
salam…
pergh zul, menarik sunggh article nih.. sori ler sebab baru bace.. hehe!!! klo org belfast dapat jawab ngan tepat ape hadiah die? haha… perbezaan die adalah ilmu&kefahaman.. btol x? hehe… contohnya, org islam skrng ni xde kefahaman yg sebenar ttg islam, so, islam yg dimiliki tu tidak dirasakan sebagai sesuatu yg berharga.. betoi ke ntah perbandingan ni..hehe!!! neway… all d best utk esok zul… bittaufiq..insyaAllah…
secara zahirnya beza situasi 1&2 tu hanya lah pada ilmu pengetahuan..yg tau bende tu duit akn gunakannya mengikut nilai duit tu la..yg tatau bende tu duit..akn blur n gunakannya pada tempat yg salah..eg: bakar etc..klu salah jgn marah ye=p
deris : jzkk, =)
teka teki teka teku, apa ada balik pintu ?
bile jawapan utk teka teki nih kuar yek? 🙂
soon..insyaAllah…